Friday 20 July 2012

Wanita Dalam Kepimpinan

Dan hari ini, saya sedar betapa sukar untuk memimpin. Tersilap langkah, kita akan dibenci, kita akan diumpat, dikeji. Persoalannya disini, adakah yang mengeluarkan umpatan dan kata sindiran itu SEMPURNA??

Wanita, bukan hanya memegang status sebagai ketua dalam organisasi. Boleh jadi beliau merupakan seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak yang perlu mengimbangkan berbagai peranan dan watak dalam hidupnya pada waktu yang sama! Jadi, tak hairan jika insan yang sememangnya diciptakan lemah ini akan melakukan kesalahan yang mungkin tidak disedarinya. Berkebolehan tidak semestinya selamanya dia tidak melakukan kesalahan.

Satu jari yang kita tuding ke arah orang, empat jari lagi menuding ke arah diri sendiri. Jangan terlalu cepat membuat spekulasi dan rumusan bila diri sendiri juga tidak sempurna, apatah lagi untuk menyimpulkan tentang orang lain. Boleh jadi, suatu hari nanti kita sendiri akan melakukan kesalahan dimana suatu masa dahulu kita pernah mentertawakannya.

Sebaiknya, cuba kita kembali kepada perspektif Islam dimana Islam sendiri mengajar umatnya sepertimana maksud yang terkandung pada salah satu ayat di dalam surah Al-Ikhlas yang berbunyi berpesan-pesan lah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran. Kesimpulannya, kita sememangnya tidak sempurna dalam apa jua cara sekalipun. Justeru, sekiranya kita lihat seseorang melakukan kesalahan, adalah wajib untuk kita menegur sekiranya kita rasa apa yang dilakukan itu tidak betul.

Berbalik kepada kepimpinan, segala masalah dapat diatasi sekiranya kita sentiasa terbuka untuk berbincang dan memperbetulkan apa yang dirasa patut diperbetul. Hidup kita adalah untuk saling melengkapi, memberi nasihat dan menerima teguran, bukannya untuk terus menghukum kerana kita tidak berhak untuk berasa lebih arif tentang sesuatu melainkan Allah. Lebih-lebih lagi kepimpinan melibatkan wanita, di mata umum seringkali banyak cacat-celanya.

Namun suka untuk saya ingatkan, sememangnya bukan mudah bagi seorang wanita untuk memimpin. Kalian harus tahu dia mencuba memberi yang terbaik walaupun tidak akan mampu jadi yang terbaik.Berikan teguran kerana erti hidup adalah pada memberi dan kami wanita tidak mungkin mampu memberi yang terbaik tanpa kritikan yang membina.

No comments:

Post a Comment