Friday 7 December 2012

Simple Itu Sweet ♥

Hawa : Kenapa abang buat baju pengantin macam baju kurung..?

Adam : Kenapa..? Sayang nak baju pengantin macam mana..?

Hawa : Biasanya kan baju pengantin banyak labuci , warna-warni..cantik..lagipun perkahwinan hanya sekali...apa salahnya ?

Adam : Awak nak baju pengantin yang menampakkan susuk tubuh tuh ? Awak tahukan menampakkan susuk tubuh itu umpama membuka aurat ? ..( Tersenyum)
Lagipun..sebab berkahwin sekali seumur hiduplah kita kene buat majlis ini penuh kerahmata
n dan keredhaan Allah...Kalau Allah redha..InsyaaAllah..Allah akan berkati perjalanan rumah tangga kita..Tak gitu wahai bakal bidadari Syurga-Ku ~?

Hawa : *Tersenyum* ...Dalam Hati Memuji Suami Tak berhenti-Henti ♥

Nak Jumpa Dalam Realiti ..Err ..." Usaha Tangga Kejayaan ! " ^^
In Shaa Allah...Lelaki Sebegini Masih Wujud :)

♥.♥

 Sabda Nabi SAW:
''Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah .
Sesungguhnya semulia-mulia wanita itu ialah yang
paling mudah urusan maharnya .''


Objektif bercinta hingga ke syurga, bukan sekadar majlis yang sederhana dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, mahar juga haruslah semudah yang boleh. Bukankah elok kita memudahkan perkara yang baik. Insyaallah, akan turun keberkatan dari langit.


Barangsiapa yang mencari redha manusia dengan murka Allah, maka dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia, namun barangsiapa yang mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, dia akan dijaga oleh Allah. Perkahwinan itu untuk mencari redha Allah, tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk sampai perlu berhutang. Islam itu cukup mudah. Bagi aku, cukuplah Al-Quran sebagai mahar. Sweet kan..... :)



Soalan: Apa hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin? Jawapan: Harus jika kedua-dua pengantin adalah ayam.



Bersederhanalah kita dalam bermajlis. Kecantikan pengantin perempuan itu bukan untuk dipertontonkan. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Membazir tu kan amalan syaitan. Tak perlu lah sampai nak tukar persalinan sampai 5-6 pasang. Cukuplah lafaz akad dan cinta dari bakal suami tersayang..Kecantikan para isteri hak milik mutlak para suami...setuju ..??.  :) 

 Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.
Tapi...
Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah ?

~ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

~ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^?^).

~ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^?^).

~ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ?.
NO couple, YES nikah !!

Sweetnyee Cinta After Akad

 Manusia dilahirkan dengan suatu lumrah yang tidak dapat dielakkan, iaitu berkasih sayang....
 Ketika semuanya sedang meniti alam dewasa...perasaan setiap insan pasti tidak dapat dipisahkan dengan ingin mencintai sesama insan...


(✿◠‿◠)saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)
(✿◠‿◠)saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah JUJUR,

tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah BERHARAP,

tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

- Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada

menghabiskan waktu dengan orang yang salah -,-

✿ Kita tidak boleh bersentuhan tangan..

~> Tapi cukuplah kita bersentuhan HATI..

✿ Kita tidak boleh keluar berdua..

~> Tapi cukuplah kita bertemu dalam DOA..
♥ Simpan CINTA itu untuk yang HALAL bagimu ♥ (,"(",)~

Photo: ✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.. # 
✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.. #
  Photo: Insya-ALLAH, awak ! ♥ :')


Ya Allah,

Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati

 


Sesungguhnya, tiada yang baik untuk cinta sebelum nikah. Cinta yang tidak halal serta mampu mengundang pelbagai fitnah..Rawatlah hati dengan cinta Allah.. Insyaallah..jika telah Allah tetapkan dia milikmu, pasti bersatu jua kelak..  Pupuklah hati dengan cinta Allah.. Semoga Allah mengurniakan kita dengan insan yang melabuhkan cinta padaNya, agar bertambah kekuatan kita untuk mencintai Allah..


 ♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Photo: ♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Ya Allah Satukanlah Cinta Kami Semoga Kekal Sampai Syurga

                                                                 *************
 Dan..Manis sebuah kesabaran itu terasa apabila sudah meniti gerbang cinta perkahwinan kerana cinta dan si dia adalah halal bagimu.. Masyaallah..Indahnya cinta dalam redha...Jom kita berusaha mendapatkannya... !!!

 Isteri :  Abang, abang tak menyesal ke kahwin dengan saya, saya kan tak cantik.. Abang Kata abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu? Kita skrang sudah pun di ijab kabulkan?

Suami :  Sayang,...abang kahwin dengan awak bukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapi kerana cinta yang ada dalam hati abang. Abang nak bina hubungan yang diredhai ALLAH. Abang tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah,kelak Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. Abang cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH~ Forever~


Isteri :   Subhanallah ^_^ , hehe... I LOVE YOU 2, 3, 4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..

♥ Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH ♥ ♥ ♥

 

Tuesday 4 December 2012

Cinta Hingga Syurga - Pilih Di Tanah Mana Zuriatmu Berdiri


 
♥ PILIHLAH AGAMA PASTI ENGKAU BAHAGIA ♥

~ Jika aku pilih yang BERHARTA, pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga...

~ Jika aku pilih kerana PARAS RUPA, pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa...

~ Jika aku pilih kerana KETURUNAN, belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama di dada.


tetapi.....Jika aku pilih kerana AGAMA, sudah pasti aku dapat meraih SYURGA DUNIA bahkan SYURGA ALLAH di sana...kerana aku tahu, hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REHDA Illahi, itu JANJI Allah....♥♥

 
Assalamualaikum..


  "Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah agamanya.. Nescaya beruntunglah kedua tanganmu.. "

                                       HATI + IMAN = PERTIMBANGAN YANG BAIK

Seringkali pada hari ini, kebanyakannya memilih pasangan kerana indahnya rupa dan tebalnya poket. Lalu, di mana letaknya pertimbangan terhadap akhlak, budi dan agama? Kalau yang lelaki, perempuan tak cantik, SAY SORRY!! Kalau perempuan, lelaki tak berduit, BOLE BLAHH!! Lalu........di manakah pertimbangan kita yang sebenarnya???

                                        NAK KAHWIN?? PILIH BETUL-BETUL BEB.....

Suatu kisah yang diceritakan berlaku pada zaman Khalifah Umar r.a. Seorang ayah datang mengadu pada Amirul Mukminin tentang sikap dan  kenakalan anaknya yang merunsingkan si ayah. Lalu, Amirul Mukminin memanggil anak tersebut dan bertanyakan tentang kesahihan hal yang diceritakan tentangnya oleh ayahnya. Kata anak tersebut, wahai Amirul Mukminin, benarlah seperti yang diceritakan oleh ayahku tentang diriku. Tetapi, aku jadi sebegini adalah disebabkan oleh ayahku. Amirul Mukminin lalu bertanya apakah sebabnya. Anak itu berkata, ada 3 penyebab yang menjadikan aku seperti ini.

1) Ayahku tidak memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri iaitu ibuku.
2) Ayahku tidak memberikan aku nama yang baik.
3) Ayahku tidak pernah mengajarku membaca Al-Quran.

Lalu, Amirul Mukminin menanyakan kepada si ayah adakah apa yang dikatakan oleh anak itu benar. Kata ayah kepada anak tersebut, benar wahai Amirul Mukminin...

Sebab itulah, kepada lelaki, jangan nak cari isteri tuh pakai tangkap muat jek.. Harus diselidiki latar belakangnya KERANA DIA ADALAH BAKAL IBU KEPADA ANAK KORANG.  Jika baik acuannya, maka eloklah hasilnya. Oleh sebab itulah, Islam telah menggariskan panduan kepada kita dalam mencari dan memilih jodoh.. kalau setakat cinta semata-mata tanpa peduli siapa bakal pasangan kita, maka sia-sialah ikatan perkahwinan kelak kerana kita memilih kerana nafsu, bukan mengikut pertimbangan akal.

Lelaki, wanita itu amanah. Korang bebas memilih.. begitu juga wanita..pilihlah sesiapa sahaja yang dirasakan paling berpadanan. Namun ingat, hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Time bercinta semua suka. Bila dah kahwin, mampu ke nak ulang balik masa untuk pilih pasangan lain yang lebih baik? tidak sekali-kali..... So, nak pilih, pilihlah sekarang.. Ikut yang agama gariskan.. utamakan akhlak pasangan. Insyaallah..tak kan menyesal...

Wahai wanita.......Lelaki, bila datang bersama agama yang baik, jaga sembahyang, jaga akhlak, berpelajaran dan bekerjaya baik, maka itu adalah pakej terbaik yang tidak harus dilepaskan untuk wanita jadikan suami dan ayah kepada bakal anak-anak. Tapi, bila lelaki itu cuma datang ke dalam hidupmu bersama pakej agama dan akhlak yang baik, biarpun tidak berpelajaran tinggi, itu adalah tiketmu untuk ke syurga wahai wanita.. :)

Wahai lelaki........Bila datang seorang wanita yang memiliki asas agama yang baik dan berhemah tinggi, maka itu pastinya pakej terbaik untuk dijadikan suri hidupmu.. Jauhilah wanita liar yang sukar dilentur andainya dalamanmu tidak kuat untuk mendidiknya kerana di akhirat kelak, kamu akan dipersoalkan oleh Allah..

Kesimpulannya, memilih jodoh itu simple. Kita yang rumitkan dengan alasan CINTA sampaikan kita lupa, mampukah kita mendapatkan tiket untuk bercinta hingga ke syurga hanya dengan CINTA semata-mata....Labuhkan cinta pada Allah kerana Allah pasti akan menhadirkan kepada kita insan yang melabuhkan cinta padanya. Janji Allah tentang jodoh yang baik bukan hanya pada awal perkahwinan, tetapi sepanjang jalan menuju ke syurga. So, jika nak yang terbaik, persiapkanlah diri sebaiknya. Insyaallah.....kerana BERCINTA SELEPAS NIKAH ITU ADALAH INDAH DAN MULIA KERANA SEGALA-GALANYA HALAL DI MATA ALLAH..

                        *PANGKAT DAN HARTA TAK MENJAMIN BAHAGIA.. CANTIK DAN KEAYUAN WAJAH KAN PUDAR AKHIRNYA....KEMISKINAN DI DUNIA TAK BERERTI KAU TERHINA KERANA ITU HANYALAH PADA PANDANGAN MATA..KEMEWAHAN TAK BERMAKNA HIDUPMU AKAN SENTOSA KERANA KESEMPURNAAN ALLAH YANG MENILAINYA*

#SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGGAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN BERJAYA MERAIH CINTA DALAM REDHA ALLAH..BUKAN HANYA BERCINTA DI DUNIA, TAPI BERCINTA HINGGA KE SYURGA..AMIN YA RABBAL'ALAMIN..#

Sunday 2 December 2012

Cerpen : Setulus Cinta Amani

 ♥ Yang membuat kita Kuat adalah Doa ♥
♥ Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah ♥
♥ Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras ♥
♥ Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa ♥
♥ Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian ♥


''Sampai hati dia buat saya macam ini ! Ya Allah .. Berikanku kekuatan agar aku bisa lalui semua ini dengan redha dan tabah ..'' Air mata Amani berlinangan . Dia menangis teresak-esak di dalam kereta yang dipandu oleh ayahnya . Ibu Amani sentiasa memberi kata-kata semangat kepada anak perempuan kesayangannya itu .

Ibu: ''Amani , tabahlah sayang . Bersangka baik dengan Allah . Allah mungkin nak be
ri lebih baik dan beriman . Mak tak nak anak mak sedih nanti mak pun sedih .''

Ayah: ''Sudahlah tu .. Nampak da lelaki tu bukan terbaik untuk kamu . Kumbang bukan seekor ramai lagi nak Amani .''

Amani terus menangis . Dia tidak bisa menahan air mata yang mengalir deras kerana hati dan perasaannya terlalu sakit dan terhiris .

''Allahu Akbar Allahu Akbar ~''

Azan Maghrib berkumandang . Ayah Amani memandu keretanya masuk ke dalam perkarangan masjid . Amani keluar kereta menangis meluru ke dalam masjid bilik solat wanita . Ayahnya keluar terus masuk ke dalam masjid . Manakala ibunya duduk di dalam kereta kerana penyakit perempuan yang tak dapat dihalang . Amani pergi mengambil wudhuk membersihkan diri dengan air ketenangan Ilahi . Lantas dia memakai telekung yang dibawanya dan menjadi jemaah pada Solat Maghrib tersebut .

Selesai sudah memberi salam sebelah kiri , Amani menyapu mukanya dan menadah tangan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah .

''Bissmillahirrahmanirrahim .. Ya Allah Ya Tuhanku , ampunkan segala dosaku , dosa kedua ibubapaku .. Ya Allah pinjamkan aku kudrat-Mu untuk hadapi ujian-Mu ini .. Aku tak kuat ya Allah .. Andai dia bukan terbaik untukku buangkan segala perasaan ini jauh-jauh . Luputkan dia dari fikiranku agar hati ini terpelihara daripada kekecewaan . Ya Allah redhakan hatiku dengan ketentuan-Mu semoga redhaku berbalas lagi .. Amin Ya Rabbal 'Alamin ..'' (Air matanya mengalir laju di pipi)
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Andainya kau perlukan kekasih pilihlah ALLAH SWT,
Jika perlukan teman bicara pilihlah al Quran,
jika perlukan kekuatan, maka berdoalah
jika kau habis berusaha bertawakallah...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tetapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu ,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa ALLAH SWT...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

Pakaian apa yang paling cantik kalau bukan iman...
Dan taqwa ,warna apa yang paling indah kalau bukan syukur dan sabar...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰


Selesai sudah menunaikan solat Maghrib , Amani bertambah tenang . Dia seakan redha dengan ketentuan Tuhan . Lalu dia masuk ke dalam kereta dengan mata yang bengkak akibat banyak menangis . Ibunya tidak henti-henti menenangkannya .

''Sabar ya sayang , Allah nak beri yang lebih baik dan beriman .''

Entah kenapa di saat ibunya berkata begitu hati Amani seakan terlintas memikirkan seseorang yang dia sangat admire sudah lama . Padahal dia sendiri tidak kenal latar belakang lelaki itu . Dia mengukir senyuman tatkala teringatkan lelaki tersebut . Lelaki yang dia tidak pernah kenal . Dia tertanya-tanya kenapa dia memikirkan lelaki itu ? Sedangkan mereka tidak pernah berkenalan . Dia tersenyum .

Ayah Amani menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan masjid tersebut . Di saat ayahnya ingin keluar dari pintu masjid .. Tiba-tiba ! Ada seorang lelaki berkopiah putih , berbaju putih , berseluar hitam dan tidak bertongkat tetapi buta berhenti di sebelah kereta ayahnya . ''Assalamualaikum ..''

Orang itu mencuit hati Amani . Amani menjadi lebih simpati dan sedih melihatkan keadaan lelaki tersebut kerana hati Amani sangat tulus dan lembut . Dia tidak boleh melihat orang lain lebih susah dan kurang daripadanya . Lalu Amani , ibunya dan ayahnya sedekah dengan duit kertas Ringgit Malaysia . Amani senyum ke arah lelaki tersebut . Lalu mereka meninggalkan masjid . Ibu Amani lalu berkata ..

''Nampak tak Allah nak uji kita sejauh mana kita ikhlas dan pemurah . Bayangkan dia buta datang waktu malam tanpa bertongkat . Bagaimana dia bawa diri dia ? Hah ingat Allah sentiasa menghantar pelbagai manusia untuk uji kita . Subhanallah .. ''

Ayah Amani menyelit ''Betul tu . Kalaulah kita keluar dari masjid tiba-tiba kita kemalangan dan kita tidak sedekah pada lelaki tadi apa akan jadi pada kita ? Kalau kita sedekah dan lepas itu kita kemalangan , sedekah itu yang bantu kita di akhirat sekiranya kita mati selepas itu . Haaa ..''

Amani: ''Betul tu mak ayah .. Semoga lelaki tadi selamat dari kejahatan manusia dan dipermudahkan urusan dunia akhiratnya . Kita ni dah bersyukur Allah beri penglihatan .''

Amani semakin tabah dan redha dengan setiap kata-kata motivasi dan indah daripada ibu dan ayahnya . Sedikit sebanyak ianya memberi semangat kepadanya . Dia semakin faham dan mengerti hakikat sebuah kehidupan yang Allah telah aturkan ..

Part II

Amani bangkit dari kegagalan selepas dia tergolek jatuh . Dia tidak mahu memandang ke belakang lagi . Baginya kisah silam itu adalah titik permulaan perubahan cintanya pada Ilahi . Ya , 'Cinta Allah Didahulukan Rindu Rasulullah Di Utamakan .

Kekuatan , Ketabahan , Kesabaran dan Keredhaan . 4K ini adalah perkara terpenting untuk Amani menongkah arus duniawi demi mengejar redha Ilahi . Dia
kembali redha .

***

Entah kenapa Amani sering kali teringatkan pemuda yang dia terjumpa di akaun Facebook itu sedangkan mereka tidak pernah mengenali diantara satu sama lain . Sehinggalah pada suatu pagi tepat jam 3 pagi Amani tersedar dari mimpi di mana Amani dan pemuda itu berpakaian serba putih dan senyum diantara satu sama lain . Amani menjadi bingung dan tertanya-tanya apakah maksud mimpi itu .

Lanats dia bingkas abngun dan mengambil wudhuk untuk menunaikan Solat SUnat Taubat dan Tahajjud bagi mensucikan diri dari kekotoran dosa dan ketidaktenteraman . Baginya solat sunat ini adalah bagi menguatkan hati , menabahkan jiwa dan dekat pada Ilahi .

***

Sebulan mimpi itu , pemuda yang telah lama diminati dan disuaki dalam diam oleh Amani telah 'Add Amani sebagai Friends di Facebook.' Amani terkejut gembira lantas tanpa menoleh kiri dan kanan dai 'mengApprove pemuda itu sebagai Friends di Facebook.' Amani masih bingung apakah ini aturan Allah . Ya sudah semestinya ini aturan Dia . Amani menceritakan hal ini ke pengetahuan ibubapanya .

Pertemuan itu membuatkan mereka mengenali diantara satu sama lain . Akan tetapi perkenalan itu juga membataskan pergaulan mereka demi menjaga hati . Amani tidak lupa untuk melakukan SOlat Sunat Istikharah memohon petunjuk Ilahi untuk kebahagiaannya di dunia mahu pun di akhirat .

***

Beberapa bulan berkawan akhirnya pemuda menyatakan hasrat untuk meminang Amani . Amani menangis dan sujud syukur tanda kesyukurannya pada Sang Pemberi Cinta di atas takdir ini kerana dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan berkawan dengan pemuda ini kerana pada mulanya Amani ingin melupakan hasrat untuk mengenali pemuda ini kerana baginya dia tidak layak untuk pemuda itu dan pemdua itu juga rupanya mempunyai perasaan yang sama Amani .

2 bulan selepas itu mereka disahkan menjadi kekasih halal dengan mendirikan masjid demi menggapai keredhaan Allah . Mereka menyemai kemanisan 'Bercinta Selepas Nikah' di alam rumah tangga agar perkahwinan mereka mendapat keredhaan Ilahi .
Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu bercinta sampai ke Syurga .

***

4 minggu menjadi suami isteri yang sah kini Amani disahkan mengandung bayi kembar 2 . Berita ini sangat menjadi kegembiraan buat mereka kerana mereka ingin bayi kembar dan akhirnya rezeki mereka Allah telah memakbulkan doa mereka . Amani sentiasa membuat perubahan menjadi wanita , isteri dan ummi yang solehah buat suami , keluarga dan paling penting sekali Allah , Rasulullah dan agamanya .

Amani percaya apabila dia redha dengan suratan Ilahi pastinya Allah akan gantikan redha itu dengan sesuatu yang tidak dijangka . Amani membuka diari peribadinya dan pen biru menari-nari di atas kertas kosong dengan puisinya dan tidak semena-mena air matanya mengalir deras ke pipi .

Ya Tuhan,
Benar ujian itu adalah kemanisan,
Memberiku 1001 kekuatan,
Untuk mengerti hakikat sebuah kehidupan,
Yang telah Engkau takdirkan,
Malah mendekatkan aku kepada-Mu ..

Suamiku,
Terima kasih kerana datang mengindahkan hariku,
Kau adalah anugerah Allah buatku,
Untuk kita bersatu kerana Tuhan Yang Satu,
Andai kau pinjaman cuma buatku,
Moga redhaku berbalas lagi,
Ku menyerah takdir dalam percaturan Ilahi ..

Malam itu sebelum hari bersalin mendatang dia mengakhiri penulisannya di dalam Diari Tulus Hatiku 2012 . Terima kasih Allah , terima kasih ibu ayah ..

Tamat .

Saturday 24 November 2012

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan pengh
ulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 
 

Tuesday 20 November 2012

Cerpen : Coklat Cinta

Terkebil-kebil mataku membaca pamplet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.

Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsi
a di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!

Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.

Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.

Lelaki itu .lelaki itu seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku .aku gemar bau itu.

`Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.'

"Yes??" soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.

Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. "Saya nak join kelas ni."

Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. "Kelas ni dah ditutup. I'm not teaching anymore."

Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.

"Huh?"

Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. "Saya takkan mengajar lagi."

"Mana boleh!" Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.

Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?

"Saya minta maaf, cik. Tapi kelas ni memang dah ditutup," ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.

"Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup.." bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.

Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu

"Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar." Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.

"Jangan! Encik tak boleh pergi!!" Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.

Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?

"Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!

"Errr, encik kenapa kenapa tanya macam tu?" tanyaku, takut-takut.

Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan

"Oh, mak!" Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.

"Err err..sorry." Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!

Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.

Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.

"Err encik encik " Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.

"Marry me."

Membuntang mataku. Dia dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???

"Huh?" Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!

Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.

"Marry me and I'll teach you how to make chocolate."

Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin coklat coklat kahwin Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?

Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.

"Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!" marahku penuh kegeraman.

Lelaki itu mengjungkit bahu.

"Well, it's just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the problem is saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now, you're here. So maybe perkahwinan ni boleh diteruskan." Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.

Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!

"But of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It's a real marriage. Sebab mungkin " Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.

"Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada saya."

Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?

Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. "Hahaha Encik ni janganlah buat lawak macam ni."

"Siapa cakap saya buat lawak?" Lelaki itu membidas kembali. "Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah maybe you're the one for me."

Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?

"Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya." Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.

Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. "Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik."

Lidahku kelu tanpa kata. Aku isteri dia? Dan dia suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.

"So, my future wife apa nama awak?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab. "Hanis Nadiah."

Terbit senyuman di bibir bakal suamiku errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?

"And your future husband is Alif Rifqi."

****

Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun Hospital Tampoi. Macam mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu Alif Rifqi?

Ya, aku Hanis Nadiah baru sahaja menerima pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya tiba ke rumah dan kemudian meminang bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh aku bersetuju untuk menerima lelaki itu saat abah dan umi menyoal.

Dan yang lagi haru perkahwinan kami akan diadakan dua minggu lagi, serentak dengan ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh. Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar macam mana nak buat coklat paling sedap kenapa pula boleh sampai ke tahap kahwin ni?

Umi, tolong Hanis, umi!!!

"Hanis, kenapa tak dijawab telefon tu?" Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.

Pantas aku menoleh ke arah umi yang tercegat di hadapan muka pintu. Umi dengar aku panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh dengar panggilan hati aku.

"Ya Allah, budak ni kenapa duk terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon kamu tu?" tempelak umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.

Segera aku mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Yang sedang riang mengalunkan ringtone �All the love in the world' nyanyian The Corrs. Aku tersengih pada umi sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu.

Melalui hujung mata, dapat kulihat umi yang menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi. Pasti dia merasakan anak daranya yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak betulnya.

"Helo," ujarku pada si pemanggil. Tidak bersemangat langsung.

"Helo, sayang "

Oh, mak! Siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku ni?

"Siapa sayang awak?" marahku. Geram!

Jelas kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula? Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul? Putus urat kat otak? Gila?

"Sayang ni takkanlah dah lupa saya kut. Tadi baru je jumpa parents saya," jawab lelaki itu di sebalik sisa tawanya.

Aku mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku cuma jumpa Ya Allah! Rifqi! Dia ni Rifqi.

"Err..Rifqi " balasku perlahan. Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Haaa, tahu pun! Kenal pun bakal suami sendiri, kan?" sergah Rifqi dalam nada bergurau.

Spontan aku memuncungkan bibir. Dia ni pun agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal suami sendiri kut. Walaupun bakal suami itu bukanlah lelaki yang sangat kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni nanti?

Pantas aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku yang fikir lebih-lebih?

"Hanis " panggilnya tiba-tiba. Lembut.

"Hmm.." jawabku, sekadar berbasi-basi.

"Thanks, tau."

Dahiku membentuk kerutan lagi. "Untuk apa?"

Terdengar di hujung telingaku helaan nafas Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba sahaja serius dan bermasalah? Isy, risau aku!

"Sebab sudi terima pinangan parents saya tadi."

Aku tergelak kecil. Rifqi Rifqi, sudah saya janji dengan awak, apa yang dirisaukan lagi? Ya, memang apa yang jadi antara kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku sendiri pun sudah merasakan yang aku ini gila, tetapi aku bukan jenis manusia yang akan memungkiri janji sesuka hati saja.

"Kenapa awak gelak? Saya serius ni," ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat tidak berpuas hati denganku. Isy, bakal suamiku ini kuat merajuk juga rupa-rupanya.

"Awak ni kan saya dah janji dengan awak yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat saya ubah fikiran, ke?" balasku bersahaja.

"Well awak kan setuju nak kahwin dengan saya sebab kelas coklat tu? Manalah saya tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie lain yang boleh ajar awak."

Aku terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi kedengaran jauh sekali. Seakan menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan aku menghela nafas. Otakku ligat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.

Okey, kenapa aku boleh fikir pasal hati dia pula ni? Tadi cinta sekarang hati? Apa dah jadi pada aku ni???

"Hanis, awak dengar tak ni?"

Tersentak aku mendengarkan suaranya yang sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke cik abang oi? Saya tengah fikir macam mana nak senangkan hati awak ni.

"Rifqi, pasal kelas tu memang betul. Saya setuju sebab saya nak belajar buat coklat daripada awak. Tapi "

Kata-kataku terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku boleh selamba saja bersetuju dengan kerja gila ni?

"Tapi apa, Hanis?"

"Tapi err, tapi maybe betul kut saya ni untuk awak!"

Fuh, terjawab juga akhirnya. Tapi apa aku jawab tadi? Saya untuk awak? I'm meant for you? Oh, my...malu kot!!!

Rifqi tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab aku dah terlepas cakap macam tu.

"Awak tahu, Hanis bila kita dah kahwin nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat paling special." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Coklat apa?" soalku penuh dengan perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik coklat nombor satu di dunia ni!

"Coklat cinta," bisik Rifqi perlahan dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba sahaja mematikan telefon.

Mataku membuntang. Tubuhku pula seperti kaku. Rifqi cakap apa tadi. Coklat cinta?

*****

"Rapat lagi..rapat lagi.."

Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian

"Oh, mak!" Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!

Pantas aku mengangkat wajah dan alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung tolonglah jangan jadi macam ni.

"Wah, bagus-bagus macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu " Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.

Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!

"Shhh jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?" bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.

"Tapi "

"Hanis sayang jangan bergerak, okey?" tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi ..

"Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer," ucapku akhirnya.

Makin lebar senyuman Rifqi.

"Good girl Puan Hanis "

Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai suamiku.

"Okey, stay macam tu ."

"Okey, kacau perlahan-lahan "

Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?

"Rifqi "

"Abang."

Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya �abang'. Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?

"La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni." Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.

Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.

"Aduh, sakitlah dagu abang!" Rifqi mengaduh, sedikit kuat.

Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.

"Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya." Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!

"Hanis. Bukan �saya' tapi �Hanis', okey?" jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.

Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.

"Sakit lagi ke?" soalku perlahan.

Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.

"Yalah, yalah Hanis abang, okey?" pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.

Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.

"Coklat kat belakang tu, sayang " Rifiq bersuara tiba-tiba.

Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku aku sayangkan dia?

Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.

"Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho "

Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!

"Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa "

Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?

"Awa..err..abang, dah jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?" sampukku selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.

Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.

"Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk." Sedikit tegas, dia mengarahku.

Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu

Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!

"Okay, done!" ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!

Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!

"Memang fanatik dengan coklat, ya?" bisiknya perlahan di hujung telinga.

Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab. "Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia "

Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.

*****

"Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?" Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.

Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??

"Hmm maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk abang." Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.

Tersirap darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.

Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang jauh sekali cinta padaku.

"Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?" soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.

Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih tengah terasa dengan Rifqi!

Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.

"Hanis terasa dengan abang ke?" Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.

Aku memuncungkan mulut.

"Abang ni nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?"

Terlepas ketawa kecil Rifqi.

"So, Hanis sayangkan abanglah ni?"

Spontan aku menampar lengannya. "Tanya lagi!"

"La..dah orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah." Rifiq membalas.

"Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap pun," bidasku kembali. Yalah, betul apa dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.

Rifqi tertawa lagi.

Aku mencebik. Isy, dia ni kan kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?

"Siapa bilang abang tak pernah cakap?" soalnya lembut.

Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah, confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.

"Tak ingat, ek?" tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.

"Memang pun. Abang mana pernah cakap." Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.

"Isy, sayang ni nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?" usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.

"Abang ni!" Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.

Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.

"Coklat cinta. Tak ingat ke, sayang?" Lembut dia berbisik di hujung telingaku.

Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.

"Hanis tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun kenapalah boleh terlepas cakap?"

Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.

"Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?" soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?

Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.

"Siapa cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu." Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.

Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.

"Err Hanis..Hanis "

"Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang memang " Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.

"Memang apa?" Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!

Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku. "Ini tengah sakat abang ek?"

Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.

"Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni."

"Betul nak tahu?" soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!

"Betul. 100% betul." Aku menjawab, penuh bersemangat.

Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.

"Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa." Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.

Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?

"Betul?" soalku akhirnya. Perlahan.

Rifqi menggigit bibir. "Err abang tipu."

Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?

"Isy, janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti." Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.

"Abang ni!" Aku terjerit.

"Hei, janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni," sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.

Lembut Rifqi memegang pipiku.

"Abang tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu "

Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!

"Tapi, yang pastinya waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang."

Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.

"Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?"

Pantas aku mengangguk. "Memang betul pun."

Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik hidungku.

"Perlu ke setuju tadi?"

Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!

"Tapi, kenapa Hanis setuju?"

Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.

"Kenapa?" Rifqi menyoal lagi. Lembut.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.

"Eh, nak bermanja pula dia."

Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. "Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis "

Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?

"Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak abang," sambungku lagi.

"Apa yang abang cakap?"

Aku mengangguk. "Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam."

Rifqi menoleh tiba-tiba.

"Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?"

Aku tersengih. "Opps.."

Meledak tawa Rifqi.

"Isteri abang ni ganasnya dia!" jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.

Pantas aku menyiku perut Rifqi. "Abang!!"

Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?

"Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu " Aku menjawab selamba.

"Eh, tak naklah!" balas Rifqi pula.

Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.

"Kenapa tak nak?" Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?

Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab. "Tackle macam tu tak best."

"Kenapa tak best?" soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.

Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.

"Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia " bisik Rifqi di hujung telingaku.

Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan

"Abang tak boleh sentuh dia .abang tak boleh "

"Abang! Dah, jangan cakap apa-apa lagi," sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.

Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.

"Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni "

Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.

Tetapi .manis lagi cintanya padaku!

*******

Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa sesaat saja. Ya, cuma sesaat!

Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.

Friday 9 November 2012

Saat Lafaz Sakinah ~ Zunnajah

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

=> Terasa sebak. Mampukah ikhwanku memikul amanah untuk menjadikan aku sebagai wanita syurga. Ikhwanku, dalam kau leka mengejar dunia, aku ini amanahmu yang harus dipimpin sebaiknya kelak. Mampukah..Pesanku, persiapkan dirimu sayangku. Biarpun tiada cinta antara kita sebelum saatnya lafaz sakinah, namun aku berjanji, akulah insan yang paling mencintaimu seusai termeterainya lafaz itu. Taatku, setiaku, hidupku dan matiku hanya untukmu. Ikhwanku, aku bakal diamanahkan kepadamu... Ingatlah...Sematkanlah zunnajah fi aljannati dalam hatiku....Ikhwanku..jadikanlah aku wanita syurga... :)



Codename DCA9649

Salam, I wish you will always fine and having a good condition perhaps. First of all, I want you and me to reminiscince all those sweet memories. Thanks for all kinda sweet, cherish and joyful moment that we have ever had together.

Abang, no matter what happen, try to make a change and dont you ever to resistant it as I told you. Its for the sake of yourself.

Abang, no matter how far we are, Insyaallah, kiranya ada pertemuan lagi, hope we still can be bestfren as before.

FYI, I already forgive you on everything. Please, do the best for your own life. Doakan Wawa jugak. Even sakit, biarlah.. kiranya takdir tersurat sampai situ saja. Pasti, Dia dah rencanakan sesuatu yang lebih baik. Dan bagi kita mungkin perpisahan tu lebih baik. Teguh pada ketegasan pendirian diri, Wawa mintak abang maafkan if my decision hurts you much.

Have a good life, day and time, Please, make it count. Salam hadrah~

Ujian tu tanda Allah sayang... :)

 Habis jek test hari ni, saye terus col my mum. Ape lagi..nak mengadu laa yang saye boleh selesaikan semua soklan dengan jayenye..hahah..mak pun terus cakap alhamdulillahhh...dalam kemalasan saye ni, terselit sedikit kebijakan...heee... :)

Well, agak sedih sebenarnye hari ni cuz lecture saye tuh dah tak ajar kitorang lagi pasni. Erm, further pHD dekat oversea katekan... Secara tak langsung, rase tebakooo gak semangat nih melihatkan beliau akan berangkat ke oversea. Dats why lah bende ni pun salah satu hal yang saye adukan dekat mak.. Yelaa, tiada yang lebih berkat dari doa ibu kan.. Mak pun cakap, Insyaallah...mak akan salu doakan...--->bahagia gile time dengar ayat ni dari mulut beliau.. Saaayanggg mak... muahh..muahhh...

Hari ni pun saye terpakse minum air tawar tah pape tahh.. heii...sedih sungguh terpaksa melalui bermacam2 dugaan nih...mule-mule kene tuduh, pastu henpon ilang..pastu boipren ilang...pasni ape plak ilang tak tahu laa...jangan ilang suami sudaa...hahahaha-->mengonk

Bile dilanda dengan bermacam dugaan and ujian nih, saye ambik jalan mudah.. bukan bunuh diri k!! tp lebih berserah pada Allah and mohon pada dia.. Well, doa orang teraniaya selalu termakbul kannn..kann... ujian tu tanda Allah sayang... :)

Selagi mampu, saya akan terus bersabar..Saye akan tepis sumenye dengan penuh keberanian...hehehe...you know why??sebabnye saye yakin, disebalik semua kekalutan nii, kebahagiaan sedang menantiiii....Insyaallah... sabooo jelah... :))))



Friday 19 October 2012

Meraih Cinta Dalam Redha-Nya

Kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng.
Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri.
Kitα bersαmα → Allαh yg αtur.
Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn ♥

Awak ,
maafkan saya sbb dh kurang beri perhatian pd awak,
saya hanya memerhati awak dari jauh ,
maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Awak ,
Bg saya mengenali awak adalah memory terindah utk saya ,
Allah telah temukan kita ,
semakin saya menidakkan kehadiran awak ,
semakin awak hadir dalam hidup saya ..

Awak ,
Biarlah saya begini ,
Allah lebih tahu
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan saya ,
Saya tahu saya tidak bererti langsung pd awak,
Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia ,
walaupun tanpa diri saya .

Awak ,
Maafkan saya sekali lagi ,
Maafkan saya kerana jauhkan diri dari awak,
Semoga saya dan awak menemui cinta sejati ,
Kiranya tersurat jodoh itu milik kita, pasti kan bertaut juga.

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa
 "Tiada CINTA paling selamat melainkan selepas Ijab dan Qabul dan tiada CINTA paling abadi melainkan CINTA Agung hanya kepada-Nya.."
 Awk.. Jodoh itu rαhsiα ALLAH..

☻♥☻
/█\/█\
.||.||.

Saturday 6 October 2012

Nasihat Kubur

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Tuesday 2 October 2012

Solat Witir

Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq iaitu sebelum masuk waktu subuh, lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir.

Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.

Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-

kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat.

Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.

Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WITIR (GANJIL), DAN DIA MENYUKAI WITIR, MAKA LAZIMKANLAH SOLAT WITIR, WAHAI AHLI AL-QURAN.”

Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

“SESIAPA YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DHUHA, BERPUASA TIGA HARI DARIPADA SEBULAN DAN TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SEMBAHYANG WITIR SAMA ADA DALAM PELAYARAN DAN BERMUQIM, DICATAT BAGINYA PAHALA ORANG SYAHID.”

Hadis riwayat at-Thabran

“WITIR ITU HAK (BENAR). BARANGSIAPA YANG TIDAK BERWITIR IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA! WITIR ITU HAK MAKA BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGERJAKANNYA IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA! WITIR ITU HAK, BARANGSIAPA YAANG TIDAK MENGERJAKANNYA MAKA IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA!”

Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Kelebihan Solat Witir

Rasulullah saw bersabda:
“SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN (HADIAHKAN) KEPADA KAMU SATU SOLAT, YANG MANA IANYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA UNTA-UNTA YANG TERBAIK. IAITULAH SOLAT WITIR.

Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.

Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud

“DITANYA NABI MUHAMMAD SAW TENTANG AMALAN-AMALAN YANG DISUKAI OLEH ALLAH. BAGINDA BERSABDA: “AMALAN YANG BERTERUSAN WALAUPUN SEDIKIT.”

Hadis riwayat Bukhari

“SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENAMBAHKAN KEPADA KAMU SATU SOLAT, IAITU SOLAT WITIR. MAKA SEMBAHYANGLAH ANTARA SOLAT ISYAK DAN SOLAT SUBUH.

HR Ahmad

SABDA NABI S.A.W.: “BILA SUDAH MENJELANG PAGI, DAN SALAH SEORANG DARIPADA KAMU MASIH BELUM MELAKUKAN (SOLAT) WITIR, MAKA BERWITIRLAH (QADHA).

HR Baihaqi & al-Hakim

“WAHAI AHLI AL-QURAN, KERJAKANLAH SOLAT WITIR, SEBAB ALLAH ITU WITIR ( MAHA ESA) DAN SUKA SEKALI KEPADA YANG WITIR.

HR Ahmad

“SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WITIR (GANJIL), DAN DIA MENYUKAI WITIR, MAKA LAZIMKANLAH SOLAT WITIR, WAHAI AHLI AL-QURAN.”

HR Abud Dawud dan Tirmizi.

“WITIR ADALAH KEWAJIBAN, BARANGSIAPA TIDAK MELAKSANAKAN WITIR, MAKA IA TIDAK TERMASUK GOLONGAN KAMI”

HR Ahmad dan Abu Daud

Berdasarkan mazhab As-Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

HR Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi

Witir itu di akhir solat malam.
IBNU UMAR R.A. BERKATA: BERSABDA NABI SAW, “JADIKAN PENGHABISAN (AKHIR) SHALATMU PADA WAKTU MALAM DENGAN SHALAT WITIR.”

HR Bukhari dan Muslim

Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.
SABDA NABI S.A.W.: “SESIAPA YANG BIMBANG TIDAK BANGUN PADA AKHIR MALAM, MAKA BERWITIRLAH PADA AWAL MALAM, DAN SESIAPA YANG INGIN BANGUN PADA AKHIR MALAM, MAKA BERWITIRLAH PADA AKHIR MALAM.

HR Muslim

Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’. Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib.
“JANGANLAH KAMU SERUPAKAN SOLAT ITU DGN SOLAT MAGHRIB..”

HR oleh Daruqutni

Beza witir dan maghrib ialah:-
Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja
Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-
1. Sabbihis (surah A’la)
2. Qulya (Al-Kafirun)
3. Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“RASULULLAH DI DALAM SOLAT WITIR MEMBACA SURAH AL-A’LA PADA RAKAAT PERTAMA, SURAH AL-KAFIRUN PADA RAKAAT KEDUA, SEDANG DALAM RAKAAT KETIGA BAGINDA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SERTA DUA SURAH MUAWWADZAH IAITU SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS.”

Dari Abu Hurairah Nabi bersabda:
مَنْ خَشِيَ أَنْ لَا يَسْتَيْقِظَ آخِرَ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَسْتَيْقِظَ آخِرَهُ . فَلْيُوتِرْ آخِرَهُ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

Artinya: siapa saja yang takut tidak dapat bangun di akhir malam (untuk shalat tahajjud) maka hendaklah mendirikan shalat witir di awal malam. Dan siapa saja yang memilki semangat untuk bangun diakhir waktu maka hendaklah dia melaksanakan shalat witir di akhir malam. Sesungguhnya shalat di akhir malam disaksikan (para malaikat) dan shalat sunah yang paling utama (HR Muslim, Nailul authar 5/165).

p/s: Sebelum tidur tu kita solat sunat witir dulu yea :)

Moga Allah redha :)

Tuesday 4 September 2012

Kisah Teladan : Tunggang nafsu dengan makna mengawal dan menguruskannye.. ツ



 


 Suatu hari, seorg pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," k
ata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.

"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.

"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... Saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.
"Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.

Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"

Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jln di tepi lereng bukit itu.Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

"Maksud tuan?"

"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi. Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dgn mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yg memikul keldai tadi?"
"Ya."

Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya.. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"
 
Moral :  Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya.

Wednesday 22 August 2012

♥ 7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya ♥

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan..."

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah..

Wednesday 1 August 2012

Calon Suami Pilihan

Suami itu ANUGERAH → Isteri itu AMANAH → Anak2 itu INDAH → Ibu & Bapa bukanlah AMAH → Keluarga itu JEMAAH → Lakukan IBADAH → InSha`Allah JANNAH ♥


Assalamualaikum…

Nak kenal boifren tu boleh dibuat laki ke tak??  Ape yang lebih penting untuk dinilai berbanding cinta semata-mata ye?? Berdasarkan pemerhatian aku bersama teman-teman beberapa tahun kebelakangan ni, maka terhasillahhh…cekidaut yo0!!


Jaga solat – tak kira betapa sibuk pun lelaki tuh, kalau dia jaga solat, means dia adalah calon terbaik! Kalau dia mampu untuk jaga solatnya, maka dia pasti mampu untuk jaga wife dia kelak.. Solat tiang agama! Jangan hadap dengan cinta sangat ok.. masa bercinta, semua indah kan..cer kalau dah kawin, tiang agama pun dah dia robohkan, pasti yang lain pun tak terjaga..setuju?? Kalau nak buat laki sangat, pastikan dia sanggup berubah sebelum kahwin. Jangan percaya langsung kalau dia cakap akan berubah lepas kawin sebab confirm dia tak akan berubah!!! Nak tahu boifren tuh jenis solat ke tak, cuba ajak jalan jauh sikit..kalau bila masuk waktu dia sibuk cari masjid, alhamdulillah..jangan sia-siakan dia.. 

Ikut tuhan suruh -> keberkatan -> rezeki melimpah ruah -> hidup dalam redha Allah -> kebahagiaan..


Jaga batas pergaulan -  yang niiii penting… kalau dia sanggup tahan untuk tak sentuh korang lebih-lebih, tak syak lagi dia adalah bakal ayah yang baik untuk anak-anak korang nanti. Tak kira betapa besar dugaan untuk sentuh korang, dia pasti akan cuba sedaya mungkin untuk elakkan. Sebabnye?? Sebab……bila dia dah betul-betul set korang adalah pilihan hati, dia akan jaga sebaik mungkin wanita yang dia pilih untuk kandungkan zuriat dia kelak. Kenapa harus pilih orang macam ni?? Sebab orang macam ni betul-betul tahu bahawa nafsu bukanlah segala-galanya. Dan dia akan mampu untuk jadi sebaik-baik pembimbing untuk korang kelak.. Insyaallah.. Dah jumpa lelaki macam ni?? Jaga baik-baik tau!!


Pandai urus kewangan -  Kalau sebelum kawin dah asyik takder duit sampaikan korang plak yang nak kene spedo makan, pakai and pinjamkan diorang duit, lupakan jela…nak tahu kenapa??dah nampak sangat lelaki tuh jenis kurang pandai uruskan perbelanjaan menggunakan sumber yang ada. So, still nak buat laki ke? Come on…ramai lagi yang tak menyusahkan kat luar sana…kan?? Lelaki yang gentleman adalah yang tahu erti malu dan tak sanggup susahkan wanita..apatah lagi menghabiskan duit wanita..itu fakta! Korang jangan nak baik hati sangat berhabis untuk diorang..sepatutnya diorang yang jaga korang..bukan korang jaga diorang..jangan buta sebab cinta..please lah! Jangan pilih untuk merana dikemudian hari okay.. Ciri ketua keluarga yang baik adalah bijak membuat perancangan..bukan sekadar pandai bercakap.. kene laa walk on talk kan…cakap serupa bikin gituu… :D



If you buy something that you don’t need today, you will have to sell something that you owned tomorrow


Berilmu Bak kata Imam Al-Ghazali, aku pasti akan menang sekiranya aku berhujah dengan 10 orang yang berilmu, namun aku pasti tewas kiranya berhujah dengan seorang yang tidak berilmu kerana dia tidak mengetahui landasan ilmu...
Pentingnya untuk kita mencari pasangan yang berilmu.. Jangan nanti bila berlaku perselisihan, semua benda tak elok keluar dari mulut dia. Orang yang berilmu ni dia faham tentang apa yang boleh dia ucapkan dan yang tak boleh dia ucapkan. Kiasnya berlapik, ucapannya yang baik-baik, marahnya berpada dan perbuatannya terjaga..sebabnya hati dia dikawal oleh kunci ilmu..sebaliknya kalau kebodohan menguasai, sikit-sikit nak menyumpah seranah..petanda tak baik laa kan…so, jauhkan orang sebegitu..carilah yang berilmu..Insyaallah, pilihan yang bijak dan berbaloi…hehe

Ilmu dunia + ilmu akhirat = bijak kawal situasi

Sekufu – Even Rasulullah s.a.w  pun nasihatkan kita supaya cari jodoh yang sekufu kan?? Supaya nanti tidak timbul  sebarang masalah dikemudian hari. Dah kalau awak tuh ade pelajaran, cuba laa cari yang boleh terima dan can keep go on dengan cara dan pemikiran awak.  Jangan laa tangkap muat jek.. Naya nanti…tak pepasal bahagia yang dicari..duka yang menimpa..maklumlahh, kita ni after nikah jek kene taat pada suami..kalau suami tuh fikir lain dengan awak, asyik berselisih faham jek, sampai bila nak gaduh kan..tak kan hari-hari nak pendam and makan dalam jek..no way! So, dari bermasalah dikemudian hari, cermatlah dalam meneliti pasangan anda hari ini..

 Sikap – alahaii….tahu laa cinta..tapi bawak-bawak ler nilai sikap pasangan awak tuh jugak..orang laki nih wajib ade ego..kalau takde ego tuh maksudnye something wrongggg… cemburu harus ada..tapi jangan laa sampai orang lain nak kawan dengan awak pun dia tak kasi. Itu dah melebih! Tapi kan, kalau awak jumpa orang yang betul-betul sabar dengan perangai awak, tolong laa jaga dia baik-baik. Yelah, dia sanggup rendahkan ego dan lupakan kemarahan dia demi nak jaga hubungan dengan awak.  Nak tahu dia punya hati yang tak berdendam? Cuba laa kalau gaduh, removed dia dari facebook or unfollow dia dari twitter. Pastu nanti dah reda awak add la dia balik.. kalau dia approved awak dan tetap cool ngan awak macam biasa, dia memang yang  TERBAIKKKKK!! Tenang dan tidak mengungkit kesalahan awak, itulah sikap lelaki yang baik. Sebab dia tahu, awak tak sempurna..dan dia pasti awak akan sedar lambat laun nanti..


Orang laki ni kalau nak tutup kesalahan dia, dia akan cakap :
 “saya saje nak uji awak tuhh..”
haha!awak jangan percaya ok..alasan klise tuh..kalau dia betul-betul tengah menguji, dia tak akan bagitahu awak!biasenya, yang jenis suka cakap camni adelah spesis hipokrit..trust me!!jauhi mereka…..

 Kekasih gelap – Dapat tahu dia ade  perempuan lain selain awak?? well, think twice untuk hidup dengan orang sebegini. Belum kahwin pun sanggup menduakan, lepas kahwin pun pasti sanggup untuk memadukan.  Lain laa kalau awak sanggup berkongsi kasih…haha! Senang-senang angkat kaki lah. Tak perlu awak buang masa gaduh dengan dia, intip pergerakan dia and paling penting, awak boleh cari yang lebih baik berbanding dia. Tak perlu nak sakit-sakitkan hati lagi.. kan…jangan dihadap sangat cinta awak tuh..perasaan awak lagi penting tahu!


 Mendorong kearah kebaikan – Jika ada seorang lelaki yang datang kepada awak dengan menjaga segala batas yang perlu dijaga dan menegur awak untuk kebaikan, awak dengar lah nasihat dia.. Tambah-tambah yang menegur tu orang yang menyayangi awak, pasti dia mahu yang terbaik untuk bakal isteri dia. Janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Nak pembimbing yang baik, awak kena laa jadi yang terbaik..buang segala perangai yang tak elok. Tarbiah diri untuk jadi seorang muslimah.. okeh!!

Dia : awak, awak pakai pakaian elok-elok ye..pakai tudung selalu..tutup aurat selalu..awak cantik sangat bila menutup aurat. Awak jadi muslimah yang baik ye…
***
Reaksi awak ape ekk bila orang yang awak sayang tegur awak camni…Ya Allaaahhhh….sweeeeet sangat kan…Dalam hati terus berdoa pada Allah, jadikan dia jodohku yang terbaik..Amiin..Semoga inilah bakal teman kita untuk ke Jannah..

****   Sebaliknya…
Dia : awak nampak seksi sangat… @ wah!! Cantiknye awak.. (dalam keadaan awak tak menutup aurat)

sila tampar orang macam nih dan blah…aurat awak untuk suami awak..bayangkan kalau suami awak bangga awak tayangkan aurat, itu dayus namanye! Dan..dia adelah teman terbaik awak kalau bercita-cita ke Jahannam yekk..  

   =>   Sedikit sebanyak perkara yang perlu kita titik beratkan dalam memilih calon suami. Kalau pasangan awak tuh teruk sangat, ingat, bukan kewajipan awak untuk ubah perangai dia. Tanggungjawab awak  hanya  tegur, kalau dia terima dan sanggup berubah demi masa depan bersama, then alhamdulillah..tapi kalau dia tak sanggup, awak cari jela yang lain. Kita masing-masing dikurniakan akal, dah mampu buat penilaian yang terbaik. Biar lonely sekarang dari menderita masa depan ye. Kite semua bercita-cita untuk bercinta sampai syurga kan, buat lah yang terbaik untuk diri sendiri. Tuhan tak akan ubah nasib kita kalau bukan kita sendiri yang ubah. Semoga Allah membimbing hati kita.. Insyaallah..
 

CINTA LEPAS NIKAH -> MENYULAM CINTA DALAM REDHA ALLAH -> SAMPAI KE SYURGA -> SWEET KAN…