Sunday 22 July 2012

Nilai Kerendahan Hati Pada Seorang Wanita Berprofil Tinggi

Memiliki seraut wajah yang mampu membuatkan setiap orang setuju bahawa dia sememangnya cantik, sentiasa berpenampilan kemas melambangkan imej seorang wanita korporat dan dan memiliki bentuk tubuh yang langsing. Hulurkan apa jua jenis pakaian, pasti terletak elok ditubuhnya. Memandu sebuah  kereta buatan Jerman pastinya cukup untuk membuatkan yang memandangnya tatkala dia melangkah keluar dari kereta untuk memandang sekali lagi wanita anggun ini. Manis bertudung, mantap dalam karier, bercita-cita tinggi dan berpenampilan ranggi. Hampir sempurna hidup wanita ini. Namun, bagi yang memandang sekilas, pasti menyimpulkan bahawa dia sememangnya angkuh untuk diajak berbicara.

Cik Azah Karmil, mengenalinya hampir mengubah sebahagian persepsi saya berkenaan wanita berjawatan tinggi yang pernah saya kenal. Berusia 27 tahun dan baru mengikat tali pertunangan, wanita yang disangka 'berhidung tinggi' ini  bukanlah angkuh seperti yang disangka.

Kesempatan untuk duduk semeja menikmati minum petang secara santai, kemesraannya jelas kelihatan. Ketegasan beliau ketika bekerja adalah sesuatu yang jelas berbeza kerana sememangnya 'serious business is serious'. Tiada berkompromi apabila minda telah di'set' untuk mencapai suatu tahap. Namun, apabila diluar waktu kerja, saya dapat nilai betapa hebat ciri ketimuran pada wanita yang berkarier hebat ini. Ciri ketimuran yang saya maksudkan bukanlah beliau gelak tersipu-sipu, berkelakuan lemah-gemalai dan sewaktu dengannya namun ciri ketimuran di sini ialah betapa wanita yang kelihatan hanya tahu bercakap bahasa Inggeris rupa-rupanya begitu membudayakan bahasa longhat dalam pergaulan seharian ditambah dengan tutur bicara yang tersusun dan tersangat merendah diri.

Wanita ini, sangat 'low profile' dan tidak gemar bercakap tentang apa yang dimiliki biarpun jelas dari hujung rambut ke hujung kaki dia menyarung pakaian dan aksesori dari butik berjenama antarabangsa. Tak main lah skirt pasar malam jahh.. Saya terfikir, siapalah agaknya lelaki bertuah yang mampu memiliki hati wanita ini. Budi bahasa yang tinggi dan adab seorang wanita yang mampu menarik hati sesiapa sahaja yang mengenalinya dengan dekat.

Dia mampu buat ramai orang terpegun. Begitulah wanita, bila stabil dengan karier, kita molekkan pula kelakuan kita. Berpadanan dengan status yang dipegang. Biarpun berjawatan tinggi dan bergaji besar, bukan bermakna kita harus lupa dengan kehalusan tuntutan tradisi kita. Seharusnya, semakin kita dewasa, semakin banyak yang kita capai dalam hidup. Bukan hanya pengiktirafan pendidikan yang bertingkat-tingkat, tapi budi bahasa, kelakuan dan adab juga harus diperhalusi dengan cermat. Ini tidak, kalau dah ketawa tu, macam nak keluar semua gigi. Mana-mana nak pergi pun asyik berpuak je. Come on wanita, berdikari dan keberanian itu menambahkan lagi keanggunan kita. Kita kaum hebat kan?? So, kalau dah sepatutnya dewasa tu, buatlah cara dewasa.

Dan secara peribadinya, saya mengkagumi Azah Karmil..You just showed and taught me about some values. Thanks anyway...

No comments:

Post a Comment