Sunday 2 December 2012

Cerpen : Setulus Cinta Amani

 ♥ Yang membuat kita Kuat adalah Doa ♥
♥ Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah ♥
♥ Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras ♥
♥ Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa ♥
♥ Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian ♥


''Sampai hati dia buat saya macam ini ! Ya Allah .. Berikanku kekuatan agar aku bisa lalui semua ini dengan redha dan tabah ..'' Air mata Amani berlinangan . Dia menangis teresak-esak di dalam kereta yang dipandu oleh ayahnya . Ibu Amani sentiasa memberi kata-kata semangat kepada anak perempuan kesayangannya itu .

Ibu: ''Amani , tabahlah sayang . Bersangka baik dengan Allah . Allah mungkin nak be
ri lebih baik dan beriman . Mak tak nak anak mak sedih nanti mak pun sedih .''

Ayah: ''Sudahlah tu .. Nampak da lelaki tu bukan terbaik untuk kamu . Kumbang bukan seekor ramai lagi nak Amani .''

Amani terus menangis . Dia tidak bisa menahan air mata yang mengalir deras kerana hati dan perasaannya terlalu sakit dan terhiris .

''Allahu Akbar Allahu Akbar ~''

Azan Maghrib berkumandang . Ayah Amani memandu keretanya masuk ke dalam perkarangan masjid . Amani keluar kereta menangis meluru ke dalam masjid bilik solat wanita . Ayahnya keluar terus masuk ke dalam masjid . Manakala ibunya duduk di dalam kereta kerana penyakit perempuan yang tak dapat dihalang . Amani pergi mengambil wudhuk membersihkan diri dengan air ketenangan Ilahi . Lantas dia memakai telekung yang dibawanya dan menjadi jemaah pada Solat Maghrib tersebut .

Selesai sudah memberi salam sebelah kiri , Amani menyapu mukanya dan menadah tangan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah .

''Bissmillahirrahmanirrahim .. Ya Allah Ya Tuhanku , ampunkan segala dosaku , dosa kedua ibubapaku .. Ya Allah pinjamkan aku kudrat-Mu untuk hadapi ujian-Mu ini .. Aku tak kuat ya Allah .. Andai dia bukan terbaik untukku buangkan segala perasaan ini jauh-jauh . Luputkan dia dari fikiranku agar hati ini terpelihara daripada kekecewaan . Ya Allah redhakan hatiku dengan ketentuan-Mu semoga redhaku berbalas lagi .. Amin Ya Rabbal 'Alamin ..'' (Air matanya mengalir laju di pipi)
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Andainya kau perlukan kekasih pilihlah ALLAH SWT,
Jika perlukan teman bicara pilihlah al Quran,
jika perlukan kekuatan, maka berdoalah
jika kau habis berusaha bertawakallah...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tetapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu ,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa ALLAH SWT...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

Pakaian apa yang paling cantik kalau bukan iman...
Dan taqwa ,warna apa yang paling indah kalau bukan syukur dan sabar...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰


Selesai sudah menunaikan solat Maghrib , Amani bertambah tenang . Dia seakan redha dengan ketentuan Tuhan . Lalu dia masuk ke dalam kereta dengan mata yang bengkak akibat banyak menangis . Ibunya tidak henti-henti menenangkannya .

''Sabar ya sayang , Allah nak beri yang lebih baik dan beriman .''

Entah kenapa di saat ibunya berkata begitu hati Amani seakan terlintas memikirkan seseorang yang dia sangat admire sudah lama . Padahal dia sendiri tidak kenal latar belakang lelaki itu . Dia mengukir senyuman tatkala teringatkan lelaki tersebut . Lelaki yang dia tidak pernah kenal . Dia tertanya-tanya kenapa dia memikirkan lelaki itu ? Sedangkan mereka tidak pernah berkenalan . Dia tersenyum .

Ayah Amani menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan masjid tersebut . Di saat ayahnya ingin keluar dari pintu masjid .. Tiba-tiba ! Ada seorang lelaki berkopiah putih , berbaju putih , berseluar hitam dan tidak bertongkat tetapi buta berhenti di sebelah kereta ayahnya . ''Assalamualaikum ..''

Orang itu mencuit hati Amani . Amani menjadi lebih simpati dan sedih melihatkan keadaan lelaki tersebut kerana hati Amani sangat tulus dan lembut . Dia tidak boleh melihat orang lain lebih susah dan kurang daripadanya . Lalu Amani , ibunya dan ayahnya sedekah dengan duit kertas Ringgit Malaysia . Amani senyum ke arah lelaki tersebut . Lalu mereka meninggalkan masjid . Ibu Amani lalu berkata ..

''Nampak tak Allah nak uji kita sejauh mana kita ikhlas dan pemurah . Bayangkan dia buta datang waktu malam tanpa bertongkat . Bagaimana dia bawa diri dia ? Hah ingat Allah sentiasa menghantar pelbagai manusia untuk uji kita . Subhanallah .. ''

Ayah Amani menyelit ''Betul tu . Kalaulah kita keluar dari masjid tiba-tiba kita kemalangan dan kita tidak sedekah pada lelaki tadi apa akan jadi pada kita ? Kalau kita sedekah dan lepas itu kita kemalangan , sedekah itu yang bantu kita di akhirat sekiranya kita mati selepas itu . Haaa ..''

Amani: ''Betul tu mak ayah .. Semoga lelaki tadi selamat dari kejahatan manusia dan dipermudahkan urusan dunia akhiratnya . Kita ni dah bersyukur Allah beri penglihatan .''

Amani semakin tabah dan redha dengan setiap kata-kata motivasi dan indah daripada ibu dan ayahnya . Sedikit sebanyak ianya memberi semangat kepadanya . Dia semakin faham dan mengerti hakikat sebuah kehidupan yang Allah telah aturkan ..

Part II

Amani bangkit dari kegagalan selepas dia tergolek jatuh . Dia tidak mahu memandang ke belakang lagi . Baginya kisah silam itu adalah titik permulaan perubahan cintanya pada Ilahi . Ya , 'Cinta Allah Didahulukan Rindu Rasulullah Di Utamakan .

Kekuatan , Ketabahan , Kesabaran dan Keredhaan . 4K ini adalah perkara terpenting untuk Amani menongkah arus duniawi demi mengejar redha Ilahi . Dia
kembali redha .

***

Entah kenapa Amani sering kali teringatkan pemuda yang dia terjumpa di akaun Facebook itu sedangkan mereka tidak pernah mengenali diantara satu sama lain . Sehinggalah pada suatu pagi tepat jam 3 pagi Amani tersedar dari mimpi di mana Amani dan pemuda itu berpakaian serba putih dan senyum diantara satu sama lain . Amani menjadi bingung dan tertanya-tanya apakah maksud mimpi itu .

Lanats dia bingkas abngun dan mengambil wudhuk untuk menunaikan Solat SUnat Taubat dan Tahajjud bagi mensucikan diri dari kekotoran dosa dan ketidaktenteraman . Baginya solat sunat ini adalah bagi menguatkan hati , menabahkan jiwa dan dekat pada Ilahi .

***

Sebulan mimpi itu , pemuda yang telah lama diminati dan disuaki dalam diam oleh Amani telah 'Add Amani sebagai Friends di Facebook.' Amani terkejut gembira lantas tanpa menoleh kiri dan kanan dai 'mengApprove pemuda itu sebagai Friends di Facebook.' Amani masih bingung apakah ini aturan Allah . Ya sudah semestinya ini aturan Dia . Amani menceritakan hal ini ke pengetahuan ibubapanya .

Pertemuan itu membuatkan mereka mengenali diantara satu sama lain . Akan tetapi perkenalan itu juga membataskan pergaulan mereka demi menjaga hati . Amani tidak lupa untuk melakukan SOlat Sunat Istikharah memohon petunjuk Ilahi untuk kebahagiaannya di dunia mahu pun di akhirat .

***

Beberapa bulan berkawan akhirnya pemuda menyatakan hasrat untuk meminang Amani . Amani menangis dan sujud syukur tanda kesyukurannya pada Sang Pemberi Cinta di atas takdir ini kerana dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan berkawan dengan pemuda ini kerana pada mulanya Amani ingin melupakan hasrat untuk mengenali pemuda ini kerana baginya dia tidak layak untuk pemuda itu dan pemdua itu juga rupanya mempunyai perasaan yang sama Amani .

2 bulan selepas itu mereka disahkan menjadi kekasih halal dengan mendirikan masjid demi menggapai keredhaan Allah . Mereka menyemai kemanisan 'Bercinta Selepas Nikah' di alam rumah tangga agar perkahwinan mereka mendapat keredhaan Ilahi .
Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu bercinta sampai ke Syurga .

***

4 minggu menjadi suami isteri yang sah kini Amani disahkan mengandung bayi kembar 2 . Berita ini sangat menjadi kegembiraan buat mereka kerana mereka ingin bayi kembar dan akhirnya rezeki mereka Allah telah memakbulkan doa mereka . Amani sentiasa membuat perubahan menjadi wanita , isteri dan ummi yang solehah buat suami , keluarga dan paling penting sekali Allah , Rasulullah dan agamanya .

Amani percaya apabila dia redha dengan suratan Ilahi pastinya Allah akan gantikan redha itu dengan sesuatu yang tidak dijangka . Amani membuka diari peribadinya dan pen biru menari-nari di atas kertas kosong dengan puisinya dan tidak semena-mena air matanya mengalir deras ke pipi .

Ya Tuhan,
Benar ujian itu adalah kemanisan,
Memberiku 1001 kekuatan,
Untuk mengerti hakikat sebuah kehidupan,
Yang telah Engkau takdirkan,
Malah mendekatkan aku kepada-Mu ..

Suamiku,
Terima kasih kerana datang mengindahkan hariku,
Kau adalah anugerah Allah buatku,
Untuk kita bersatu kerana Tuhan Yang Satu,
Andai kau pinjaman cuma buatku,
Moga redhaku berbalas lagi,
Ku menyerah takdir dalam percaturan Ilahi ..

Malam itu sebelum hari bersalin mendatang dia mengakhiri penulisannya di dalam Diari Tulus Hatiku 2012 . Terima kasih Allah , terima kasih ibu ayah ..

Tamat .

No comments:

Post a Comment