Sunday 22 July 2012

Nilai Kerendahan Hati Pada Seorang Wanita Berprofil Tinggi

Memiliki seraut wajah yang mampu membuatkan setiap orang setuju bahawa dia sememangnya cantik, sentiasa berpenampilan kemas melambangkan imej seorang wanita korporat dan dan memiliki bentuk tubuh yang langsing. Hulurkan apa jua jenis pakaian, pasti terletak elok ditubuhnya. Memandu sebuah  kereta buatan Jerman pastinya cukup untuk membuatkan yang memandangnya tatkala dia melangkah keluar dari kereta untuk memandang sekali lagi wanita anggun ini. Manis bertudung, mantap dalam karier, bercita-cita tinggi dan berpenampilan ranggi. Hampir sempurna hidup wanita ini. Namun, bagi yang memandang sekilas, pasti menyimpulkan bahawa dia sememangnya angkuh untuk diajak berbicara.

Cik Azah Karmil, mengenalinya hampir mengubah sebahagian persepsi saya berkenaan wanita berjawatan tinggi yang pernah saya kenal. Berusia 27 tahun dan baru mengikat tali pertunangan, wanita yang disangka 'berhidung tinggi' ini  bukanlah angkuh seperti yang disangka.

Kesempatan untuk duduk semeja menikmati minum petang secara santai, kemesraannya jelas kelihatan. Ketegasan beliau ketika bekerja adalah sesuatu yang jelas berbeza kerana sememangnya 'serious business is serious'. Tiada berkompromi apabila minda telah di'set' untuk mencapai suatu tahap. Namun, apabila diluar waktu kerja, saya dapat nilai betapa hebat ciri ketimuran pada wanita yang berkarier hebat ini. Ciri ketimuran yang saya maksudkan bukanlah beliau gelak tersipu-sipu, berkelakuan lemah-gemalai dan sewaktu dengannya namun ciri ketimuran di sini ialah betapa wanita yang kelihatan hanya tahu bercakap bahasa Inggeris rupa-rupanya begitu membudayakan bahasa longhat dalam pergaulan seharian ditambah dengan tutur bicara yang tersusun dan tersangat merendah diri.

Wanita ini, sangat 'low profile' dan tidak gemar bercakap tentang apa yang dimiliki biarpun jelas dari hujung rambut ke hujung kaki dia menyarung pakaian dan aksesori dari butik berjenama antarabangsa. Tak main lah skirt pasar malam jahh.. Saya terfikir, siapalah agaknya lelaki bertuah yang mampu memiliki hati wanita ini. Budi bahasa yang tinggi dan adab seorang wanita yang mampu menarik hati sesiapa sahaja yang mengenalinya dengan dekat.

Dia mampu buat ramai orang terpegun. Begitulah wanita, bila stabil dengan karier, kita molekkan pula kelakuan kita. Berpadanan dengan status yang dipegang. Biarpun berjawatan tinggi dan bergaji besar, bukan bermakna kita harus lupa dengan kehalusan tuntutan tradisi kita. Seharusnya, semakin kita dewasa, semakin banyak yang kita capai dalam hidup. Bukan hanya pengiktirafan pendidikan yang bertingkat-tingkat, tapi budi bahasa, kelakuan dan adab juga harus diperhalusi dengan cermat. Ini tidak, kalau dah ketawa tu, macam nak keluar semua gigi. Mana-mana nak pergi pun asyik berpuak je. Come on wanita, berdikari dan keberanian itu menambahkan lagi keanggunan kita. Kita kaum hebat kan?? So, kalau dah sepatutnya dewasa tu, buatlah cara dewasa.

Dan secara peribadinya, saya mengkagumi Azah Karmil..You just showed and taught me about some values. Thanks anyway...

Saturday 21 July 2012

Pelajar Dibenar Bawa Handphone??

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengumumkan pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun hadapan.

Sehubungan itu ramai pelajar sekolah tersenyum lebar. 

Namun saya percaya pasti terdapat syarat ketat perlu dipatuhi oleh mereka. Masakan pihak sekolah akan membenarkan pelajar bermain Angry Bird sewaktu sesi pembelajaran berlangsung.

Saya cuma khuatir jika banyak kes kecurian telefon bimbit bakal berlaku. 

Maklumlah, mereka kanak-kanak. Sebilangan ibu bapa mampu membelikan anak mereka telefon bimbit berjenama mahal manakala sebilangan lain barangkali tidak mampu menyediakan alat telekomunikasi untuk anak biarpun berharga di bawah RM100. 

Persaingan dan kemampuan kekadang mengundang bahana, begitu lazimnya.

Mungkin pembaca pernah mendengar kes beg sekolah pelajar diselongkar dek rakan sekelas. Pensil, pembaris dan pemadam dicuri. Namun itu bukan kes besar kerana harga barangan terbabit tidak mahal lalu tiada laporan polis dibuat oleh mangsa.

Bayangkan jika telefon bimbit dan iPad berharga ribuan ringgit dikebas. Kejadian itu bakal mengundang kekecohan sekiranya berlaku. Pihak pengurusan sekolah kemudian terpaksa melakukan siasatan awal dan pada masa sama membuat laporan polis.

"Encik, pemadam anak saya dicuri di sekolah, saya hendak membuat laporan polis dan mahu tindakan diambil"

Mungkin kenyataan itu hampir mustahil diungkapkan oleh ibu atau bapa pelajar jika membuat laporan di balai polis, berbanding ...

"Encik, iPhone 4s anak saya berharga hampir tiga ribu ringgit hilang sewaktu dibawa ke sekolah"

... jika pelajar dibenarkan membawa alat telekomunikasi ke sekolah.

Sebaik kejadian dilaporkan di balai berhampiran, polis harus menjalankan siasatan sekaligus mengambil tindakan. Justeru Pegawai Penyiasat selama ini melaksanakan tugas berhubung pelbagai kes jenayah lain seperti menyiasat kes bunuh, rogol, rompak, ragut dan samaun, terpaksa hadir ke sekolah untuk menyiasat kes kehilangan telefon bimbit.

Itu belum lagi ...

"Encik, iPad anak saya kena curi. Dia simpan di dalam beg tetapi beg dia telah diselongkar"

Terfikir, mengapa iPad sahaja dibenarkan? Bagaimanakah dengan produk berfungsi sama berjenama lain? Samsung Galaxy Tab?

Tidak hairan jika keputusan diumumkan di akhbar tempoh hari bakal dibantah oleh pelbagai pihak

Teringin benar saya mendengar komen daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM, berhubung keputusan Kementerian Pelajaran. Kita tidak mampu menduga jika telefon anak anggota dan pegawai PDRM juga bakal hilang akibat dicuri di sekolah pada tahun hadapan.

Hemat saya, Kementerian Pelajaran sepatutnya terlebih dahulu menjalankan kaji selidik untuk merekodkan pandangan ibu bapa secara kolektif sebelum mengumumkan keputusan itu.

Friday 20 July 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


    (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadan maka berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!



FAKTA YG MENGEJUTKAN!!
Harus semua ambil iktibar...

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena, so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak!

Wanita Dalam Kepimpinan

Dan hari ini, saya sedar betapa sukar untuk memimpin. Tersilap langkah, kita akan dibenci, kita akan diumpat, dikeji. Persoalannya disini, adakah yang mengeluarkan umpatan dan kata sindiran itu SEMPURNA??

Wanita, bukan hanya memegang status sebagai ketua dalam organisasi. Boleh jadi beliau merupakan seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak yang perlu mengimbangkan berbagai peranan dan watak dalam hidupnya pada waktu yang sama! Jadi, tak hairan jika insan yang sememangnya diciptakan lemah ini akan melakukan kesalahan yang mungkin tidak disedarinya. Berkebolehan tidak semestinya selamanya dia tidak melakukan kesalahan.

Satu jari yang kita tuding ke arah orang, empat jari lagi menuding ke arah diri sendiri. Jangan terlalu cepat membuat spekulasi dan rumusan bila diri sendiri juga tidak sempurna, apatah lagi untuk menyimpulkan tentang orang lain. Boleh jadi, suatu hari nanti kita sendiri akan melakukan kesalahan dimana suatu masa dahulu kita pernah mentertawakannya.

Sebaiknya, cuba kita kembali kepada perspektif Islam dimana Islam sendiri mengajar umatnya sepertimana maksud yang terkandung pada salah satu ayat di dalam surah Al-Ikhlas yang berbunyi berpesan-pesan lah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran. Kesimpulannya, kita sememangnya tidak sempurna dalam apa jua cara sekalipun. Justeru, sekiranya kita lihat seseorang melakukan kesalahan, adalah wajib untuk kita menegur sekiranya kita rasa apa yang dilakukan itu tidak betul.

Berbalik kepada kepimpinan, segala masalah dapat diatasi sekiranya kita sentiasa terbuka untuk berbincang dan memperbetulkan apa yang dirasa patut diperbetul. Hidup kita adalah untuk saling melengkapi, memberi nasihat dan menerima teguran, bukannya untuk terus menghukum kerana kita tidak berhak untuk berasa lebih arif tentang sesuatu melainkan Allah. Lebih-lebih lagi kepimpinan melibatkan wanita, di mata umum seringkali banyak cacat-celanya.

Namun suka untuk saya ingatkan, sememangnya bukan mudah bagi seorang wanita untuk memimpin. Kalian harus tahu dia mencuba memberi yang terbaik walaupun tidak akan mampu jadi yang terbaik.Berikan teguran kerana erti hidup adalah pada memberi dan kami wanita tidak mungkin mampu memberi yang terbaik tanpa kritikan yang membina.

Thursday 19 July 2012

Mahasiswa Vs Politik

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan pemimpin yang telah banyak membawa perubahan kepada Malaysia semenjak mengambil alih tugas sebagai perdana menteri daripada YAB Tun Abdullah Badawi. YAB Dato’ Seri Najib telah menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda utama pentadbiran. Pengenalan slogan ‘Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan” adalah cukup simbolik dihati rakyat Malaysia. Ianya diperkukuhkan lagi apabila kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.



Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan agar nilai-nilai murni perpaduan dapat diperkukuhkan dan dipelihara berlandaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Jelas menunjukkan sehingga hari ini kerajaan dibawah pemerintahan YAB Perdana Menteri komited dalam membela rakyat dan mendidik rakyat kearah masyarakat yang bertamadun tinggi.



Tetapi negara dikejutkan dengan tindakan biadap seorang pelajar yang bernama Adam Adli. Tindakannya yang menurunkan bendera YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan menaikkan bendera BEBAS dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak bertamadun dan telah membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu. Ini dianggap sebagai penghinaan kepada parti UMNO yang memperjuangkan agama Islam, orang Melayu dan tanah air Malaysia.



Soalnya disini,apakah rasional yang dilakukan oleh Adam Adli yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris? Siapakah Adam Adli ini?Adakah dia merupakan seorang peguam?ahli perniagaan?arkitek?ahli muzik?atau ahli politik? Saya terlupa bahawa Adam Adli merupakan seorang Mahasiswa. Mahasiswa yang masih belajar di IPT yang masih belum tahu masa hadapannya sendiri.



Pejuangan untuk kebebasan akademik dijadikan sebagai perisai oleh Adam Adli dan rakan-rakan mereka. Perjuangan mereka ini jelas dan nyata dinaungi oleh parti politik. Apabila laporan polis yang dibuat oleh Adam Adli di Bukit Aman,siapakah yang menjadi pengiring dan jurucakap mereka?Tidak lain, saudara Che’gu Bard yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Bukan ini dinaungi oleh politik?



YAB Perdana Menteri telah mengusulkan di parlimen dalam sesi yang lepas untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 yang membenarkan mahasiswa dan mahasiswi untuk terlibat dalam parti politik tetapi tidak boleh membawa ideologi politik kepartian ini ke dalam kampus. Pada pandangan saya, jika seksyen 15 ini dipinda amatlah sukar untuk memastikan Mahasiswa tidak membawa politik kepartian ke dalam kampus masing-masing.



Ini dapat dibuktikan dengan insiden Adam Adli dan juga insiden-insiden yang lepas dimana mahasiswa Malaysia seringkali menjadikan provokasi dan demonstrasi atasa nama kebebasan sebagai medium untuk mereka berpolitik. Atas nama kebebasan inilah yang menyebabkan mereka alpa bahawa setiap kebebasan ada hadnya. Kebebasan yang bagaimana dilaungkan? Adakah kebebasan yang melampui batas sehingga akhlak dan nilai-nilai murni orang malaysia diabaikan. Hakikatnya mereka ini adalah Mahasiswa yang tidak matang untuk berpolitik kerana mereka bankrap dari segi nilai-nilai murni dan akhlak. Politik matang bagi mereka ini adalah politik kebebasan



Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengugut Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika tindakan disiplin dikenakan keatas Adam Adli. Ini lagi satu hujah kuat untuk mengatakan bahawa golongan yang dipayungi oleh pembangkang ini seolah-olah lupa diri sehingga menganggap mereka mempunyai immuniti dari segala tindakan undang-undang. Mencabar Universiti samalah mencabar canselor universiti sendiri iaitu Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Mencabar canselor universiti samalah beerti mencabar institusi diraja.



Dalam pemerhatian saya, tindakan golongan ini hanyalah tindakan populis semata-mata. Agenda perjuangan yang cuba diperjuangkan adalah SAMAR sama sekali. Golongan ini cenderung untuk berpolitik seperti pelajar-pelajar di Asia Tengah. Keruntuhan kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mobarak dan kerajaan Libya dibawah Mua’mmar Ghaddafi dijadikan sebagai idola perjuangan kebebasan.



Budaya demonstrasi dan kebebasan ini dijadikan azimat perjuangan oleh gerakan pelajar-pelajar ini. Tuntutan mereka yang mahukan YAB Perdana Menteri untuk memansuhkan AUKU 1970 sebelum Pilihanraya Umum ke-13 dilihat sebagai satu tindakan yang tidak matang dan berlandaskan desakan politik nasional.



Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan mahasiswa ini kurang matang untuk terlibat dalam politik. Mereka mempertaruhkan emosi perjuangan berbanding rasional politik. Hakikatnya mereka ini perlu menimba lebih banyak ilmu bagi memastikan mereka mampu menjadi mahasiswa yang matang dalam pemikiran bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ingatlah bahawa perjuangan mahasiswa belum selesai di menara gading. Banyak perkara yang perlu diutamakan. Saya ingin mengajak golongan-golongan mahasiswa yang tidak matang berpolitik ini untuk menghayati sajak YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri sebagai renungan semua.



Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati

Dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya

Sejarah silam tiada maknanya

Sekiranya bangsa tercinta terpinggir

Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa

Para pejuang kemerdekaan

Bagi menegakkan kemuliaan

Dan darjat bangsa

Selangkah bererti mara

Mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara

merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil

Kerana mengisi kemerdekaan

Rupanya lebih sukar dari bermandi

Keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

Kalau bangsaku asyik mengia

Dan menidakkan,

Mengangguk dan membenarkan,

Kerana sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya

bangsaku masih melata

dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita

Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita

Kerana rupanya selain memerdekakan,

Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

Bukankah sejak zaman berzaman

Mereka menjadi pelaut, pengembara

Malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap

Menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung

Samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi

wira serantau

Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya

Bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

Kerana masa depan belum menjanjikan syurga

Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda

Bangsanya yang berjaya.

Wednesday 18 July 2012

My Lil' One

Nothing can compared how I felt as this feeling grew fonder and became foregone happiness ever to watch my little chubby grew as well as he should...my lil one, Nik Khalif Al Hafiz..and we're going to celeb his first year besd soon..anyway, dont misunderstood this, he's ma nephew duhh..haha :)

Monday 9 July 2012

Biar Sampai Ke Bintang

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Friday 6 July 2012

Doa~

~Tahukah sahabat-sahabat semua, antara waktu yang mustajab untuk berdoa?

“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Mari perbanyakkan doa. Mudah-mudahan Allah memperkenankan stiap doa yang ada. InsyaAllah ^_^

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Berita baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad Diskaun Siswa 1Malaysia itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.

Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.

Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) :

Dikeluarkan Bank Rakyat
Diberi percuma
Diskaun 5 hingga 60%
Disertai 51 syarikat
Secara automatik, tidak perlu pohon.

sumber dan info lanjut - 1pengguna.com      
p/s : kan bagus kalau petrol pun dapat diskaun. lalalala~

World today...

Alhamdulillah.. Still alive. Cuaca hari ni agak baik lahh.. Erm, semalam saya tertarik dengan news tentang kemasukan bank kukuh dari UAE, National Bank Of Abu Dhabi. Jika diselak balik, UAE was the Malaysia's biggest trading partner in Gulf Cooperation Council (GCC)  tahun lepas with more than RM21 billion trade flows..Wahh, sangat menyumbang kepada KDNK nih..patutnye yuran free nihh...Well, bercakap tentang UAE, keje dekat sana pun best jugak kan..

Hari ni pulak, bercakap tentang konsep wasatiyyah nih, pandangan saya tertumpu dengan pelantikan presiden Mesir yang baru iaitu Dr Mohammad Morsy dari FJP Ikhwan Muslimin. Ternyata, agak mengejutkan kuasa besar dunia dan ini membuktikan keyakinan rakyat Mesir dengan kepimpinan Ikhwan Muslimin. Jika dilihat sejarah sekalipun, pemimpin yang jadi boneka kuasa besar ni lebih menjurus kepada bankrap, penindasan dan ketidakadilan jekk..Mana tak nye, paksi pada kekafiran kann...Well, saya yakin jugak itu yang terbaik sebab Ikhwan Muslimin ni ade asas yang kukuh dalam politik, sosio dan ekonomi. Konsep yang dibawa jugak sangat menjurus kepada pemerintahan Rasulullah yang dapat kita kaji melalui Piagam Madinah..ingat tak??hehe..

Pergolakan dunia ni tak kan selesai kan. Mane tak nye, tembok pemisah nu nak sambung buat balik dah..erm, saya tak nak komen banyak tentang ni. Maklum lah, sensitif sikit kan..nak-nak kita student nih. Tapi kan, langsung diorang tak consider kan. Jahat kann...Ya Allah, selamatkan Islam dan umatnya..Amiin...

Wednesday 4 July 2012

Kalendar Akademik Ijazah Uitm Sesi September 2012

To Be Approved by UiTM Senate
Academic Sessions  2012-2013  Universiti Teknologi MARA
Degree, Master and Doctoral Programmes
(Updated: 20 January 2012)


Session : September 2012 — January 2013

Lecture      10 September  -  25 Oktober 2012     ( 7 weeks)
Mid-semester +  Eidul Adha Break    29 Oktober – 4 November  2012
(Eidul Adha : 26 Oktober 2012)    ( 1 week)

Lecture         5 November — 21 December 2012    (7 weeks)
Revision Week          24 December 2012 - 1 January 2013     (1 week)
Examination        3 - 20 January 2013     (3 weeks)
Semester Break         21 January - 3 March 2013       (6 weeks)


Notes:
1. The sessions above are applicable to all Degree, Master and Doctoral programmes in UiTM.
2. Student registration according to group occurs within the period of 3 weeks before the lecture
commences. The details are given in the Academic Calendar of each session which can be viewed
from the Academic Affairs portal.
3. There are two (2) sessions per academic year. Each session consists of:
. Lectures - 14 weeks
. Mid Semester Break - 1 week
. Revision Week - ½ - 1 week
. Examination - 2½ - 3 weeks