Monday 30 April 2012

Stars ~embracedmyhurtheart~®

kubiar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa
agar mudah kumengerti..
segala yang terjadi sudah suratan Ilahi..

kubiarkan pena menulis
meluahkan hasrat dihati
moga terubat segala keresahan dijiwa
tak pernah kuingini...

aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca
teman maafkanlah diriku.......

sahabat....
pertemuan dan perpisahan
sudah suratanNya....

aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa..
kau pergi meninggalkan diriku..
redhalah apa terjadi..
usah disesali..
mungkin ada rahmat yang tersembunyi... ™

~kuat berdiri dikala yang lain tersungkur..kuat bertahan dikala yang lain hanyut..kerana kekuatan kita yang sebenar..lahirnya dari hati..tiada yang akan kekal dalam dunia ni..setiap apa yang datang, akan pergi..yang dimiliki..tiba masanya perlu dilepaskan..redha dengan ketentuan..memaafkan kesalahan insan lain kerana tiada seorangpun yang sempurna..walau seremuk mana hati dilukai..berserahlah kepada Allah..kerana Dia pemilik segala cinta..jangan sedih bila gagal kerana Dia telah rencanakan sesuatu yang lebih baik..~

No comments:

Post a Comment