Friday 30 October 2015

Tanda-Tanda Isteri Akan Bersalin Yang Suami WAJIB Tahu

Bukan semua isteri atau ibu yang mengandung menunjukkan tanda bersalin yang sama kerana setiap isteri atau ibu akan mempunyai tanda-tanda bersalin yang berbeza bagi setiap kelahiran anak dari yang sulung hingga anak bongsu. Menjadi tanggungjawab suami untuk tahu persediaan bersalin bagi mengurangkan risiko kadar kematian bayi anda.
Tanda isteri akan bersalin terbahagi kepada 2, iaitu panjang dan pendek. Jangka panjang di anggarkkan sebulan sebelum bersalin, jangka pendek pula sehari sebelum bersalin.
Tanda-tanda isteri akan bersalin yang suami harus tahu:
TANDA JANGKA PANJANG
🌸Kerap Kencing
Rasa ingin kencing akan berlaku kerap kali apabila bayi mula bergerak kebawah. Berat bayi tersebut akan menyebabkan pundi kencing anda akan mengecil. Semakin kerap anda kencing, menunjukan kepala bayi anda sudah menekan pundi kencing anda.
🌸Sakit belakang
Sakit belakang boleh di katakan setiap ibu mengandung akan mengalaminya. Ini kerana pelvis akan di renggangkan oleh berat bayi tersebut.
🌸Engages
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah, manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.
TANDA JANGKA PENDEK
🌸Bloody show
Kepala bayi akan turun ke dalam pelvis, ini akan mengakibatkan plak mukus tertangal. Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu tahu, apabila lendir ini keluar, ia bermaksud bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.
Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa2 untuk ke hospital. Sebab tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
🌸Pecah air ketuban
Air ketuban pecah apabila ia yang di penuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam rahim koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda. Namun tidak semua ibu akan mengalami perkara ini. Anda dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin, kerana kemungkinan besar anda akan bersalin pada bila-bila masa.
🌸Keluar air dari vagina
Semasa mengandung, sejenis lendiran darah menjadi palam penutup bukaan servik bagi mengelakkan bakteria memasuki uterus. Apabila servik mula menipis dan terbuka, palam ini akan terkeluar. Anda akan dapati lendiran yang likat berwarna coklat atau merah jambu dan kadangkala berbaur merah darah.




No comments:

Post a Comment