Tuesday 4 December 2012

Cinta Hingga Syurga - Pilih Di Tanah Mana Zuriatmu Berdiri


 
♥ PILIHLAH AGAMA PASTI ENGKAU BAHAGIA ♥

~ Jika aku pilih yang BERHARTA, pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga...

~ Jika aku pilih kerana PARAS RUPA, pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa...

~ Jika aku pilih kerana KETURUNAN, belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama di dada.


tetapi.....Jika aku pilih kerana AGAMA, sudah pasti aku dapat meraih SYURGA DUNIA bahkan SYURGA ALLAH di sana...kerana aku tahu, hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REHDA Illahi, itu JANJI Allah....♥♥

 
Assalamualaikum..


  "Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah agamanya.. Nescaya beruntunglah kedua tanganmu.. "

                                       HATI + IMAN = PERTIMBANGAN YANG BAIK

Seringkali pada hari ini, kebanyakannya memilih pasangan kerana indahnya rupa dan tebalnya poket. Lalu, di mana letaknya pertimbangan terhadap akhlak, budi dan agama? Kalau yang lelaki, perempuan tak cantik, SAY SORRY!! Kalau perempuan, lelaki tak berduit, BOLE BLAHH!! Lalu........di manakah pertimbangan kita yang sebenarnya???

                                        NAK KAHWIN?? PILIH BETUL-BETUL BEB.....

Suatu kisah yang diceritakan berlaku pada zaman Khalifah Umar r.a. Seorang ayah datang mengadu pada Amirul Mukminin tentang sikap dan  kenakalan anaknya yang merunsingkan si ayah. Lalu, Amirul Mukminin memanggil anak tersebut dan bertanyakan tentang kesahihan hal yang diceritakan tentangnya oleh ayahnya. Kata anak tersebut, wahai Amirul Mukminin, benarlah seperti yang diceritakan oleh ayahku tentang diriku. Tetapi, aku jadi sebegini adalah disebabkan oleh ayahku. Amirul Mukminin lalu bertanya apakah sebabnya. Anak itu berkata, ada 3 penyebab yang menjadikan aku seperti ini.

1) Ayahku tidak memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri iaitu ibuku.
2) Ayahku tidak memberikan aku nama yang baik.
3) Ayahku tidak pernah mengajarku membaca Al-Quran.

Lalu, Amirul Mukminin menanyakan kepada si ayah adakah apa yang dikatakan oleh anak itu benar. Kata ayah kepada anak tersebut, benar wahai Amirul Mukminin...

Sebab itulah, kepada lelaki, jangan nak cari isteri tuh pakai tangkap muat jek.. Harus diselidiki latar belakangnya KERANA DIA ADALAH BAKAL IBU KEPADA ANAK KORANG.  Jika baik acuannya, maka eloklah hasilnya. Oleh sebab itulah, Islam telah menggariskan panduan kepada kita dalam mencari dan memilih jodoh.. kalau setakat cinta semata-mata tanpa peduli siapa bakal pasangan kita, maka sia-sialah ikatan perkahwinan kelak kerana kita memilih kerana nafsu, bukan mengikut pertimbangan akal.

Lelaki, wanita itu amanah. Korang bebas memilih.. begitu juga wanita..pilihlah sesiapa sahaja yang dirasakan paling berpadanan. Namun ingat, hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Time bercinta semua suka. Bila dah kahwin, mampu ke nak ulang balik masa untuk pilih pasangan lain yang lebih baik? tidak sekali-kali..... So, nak pilih, pilihlah sekarang.. Ikut yang agama gariskan.. utamakan akhlak pasangan. Insyaallah..tak kan menyesal...

Wahai wanita.......Lelaki, bila datang bersama agama yang baik, jaga sembahyang, jaga akhlak, berpelajaran dan bekerjaya baik, maka itu adalah pakej terbaik yang tidak harus dilepaskan untuk wanita jadikan suami dan ayah kepada bakal anak-anak. Tapi, bila lelaki itu cuma datang ke dalam hidupmu bersama pakej agama dan akhlak yang baik, biarpun tidak berpelajaran tinggi, itu adalah tiketmu untuk ke syurga wahai wanita.. :)

Wahai lelaki........Bila datang seorang wanita yang memiliki asas agama yang baik dan berhemah tinggi, maka itu pastinya pakej terbaik untuk dijadikan suri hidupmu.. Jauhilah wanita liar yang sukar dilentur andainya dalamanmu tidak kuat untuk mendidiknya kerana di akhirat kelak, kamu akan dipersoalkan oleh Allah..

Kesimpulannya, memilih jodoh itu simple. Kita yang rumitkan dengan alasan CINTA sampaikan kita lupa, mampukah kita mendapatkan tiket untuk bercinta hingga ke syurga hanya dengan CINTA semata-mata....Labuhkan cinta pada Allah kerana Allah pasti akan menhadirkan kepada kita insan yang melabuhkan cinta padanya. Janji Allah tentang jodoh yang baik bukan hanya pada awal perkahwinan, tetapi sepanjang jalan menuju ke syurga. So, jika nak yang terbaik, persiapkanlah diri sebaiknya. Insyaallah.....kerana BERCINTA SELEPAS NIKAH ITU ADALAH INDAH DAN MULIA KERANA SEGALA-GALANYA HALAL DI MATA ALLAH..

                        *PANGKAT DAN HARTA TAK MENJAMIN BAHAGIA.. CANTIK DAN KEAYUAN WAJAH KAN PUDAR AKHIRNYA....KEMISKINAN DI DUNIA TAK BERERTI KAU TERHINA KERANA ITU HANYALAH PADA PANDANGAN MATA..KEMEWAHAN TAK BERMAKNA HIDUPMU AKAN SENTOSA KERANA KESEMPURNAAN ALLAH YANG MENILAINYA*

#SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGGAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN BERJAYA MERAIH CINTA DALAM REDHA ALLAH..BUKAN HANYA BERCINTA DI DUNIA, TAPI BERCINTA HINGGA KE SYURGA..AMIN YA RABBAL'ALAMIN..#

No comments:

Post a Comment