Kulit yang cantik menjadi idaman setiap insan. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, penjagaan kulit amat penting untuk mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Petua kecantikan daripada orang tua-tua dahulu amat membantu.
Menggunakan teknik tradisional yang
dijamin tanpa bahan kimia berbahaya. Selain menjimatkan wang, petua
kecantikan sebegini amat mudah dan murah.
1o petua kecantikan kulit ini boleh dijadikan amalan harian bersama:
Masalah jerawat
- Jerawat dan jeragat memang ditakuti terutamanya kepada kaum
perempuan. Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus.
Campur dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke
muka. Amalkan dua kali seminggu.
Segarkan kulit muka- Jus epal hijau yang diperah. Sapu ke muka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.
Hilangkan tanda hitam pada badan
– Ambil beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak
zaitun pada daun sireh tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa
minit. Amalkan setiap hari.
Kulit cerah dan licin - Sebiji limau nipis dibelah dua. Gosok pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan parut
– Sedikit asam jawa dicampur dengan air dan diramas. Kemudian, sapukan
pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaiknya lakukan
pada waktu malam sebelum tidur.
Menegangkan kulit muka
– Gunakan tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan atau lumatkan timun.
Kemudian, campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan
tidak terlalu cair. Sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Bilas
dengan air.
Merawat kulit berkedut
- Parut sebatang lobak merah dan campur bersama sesudu tepung jagung
dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan lalu disapu ke kulit sekali
sehari.
Tegangkan kulit muka
– Campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit
beras pulut. Tumbuk sehingga lumat. Sapu di muka dan leher. Amalkan dua
kali seminggu.
Masalah kulit perut berkedut
- Satu sudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20
titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah. Amalkan
dalam masa dua minggu.
Hilangkan Parut Demam Campak
– Hilangkan tanda hitam demam campak dengan daun semambu. Gilingkan
hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Amalkan
selama 3 hari.
Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Kulit dan wajah yang cantik bermula
daripada diri sendiri. Menggunakan buah-buahan, herba dan
tumbuh-tumbuhan adalah cara selamat merawat kulit.
No comments:
Post a Comment