Kanser payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita
di Malaysia. Namun ia bukanlah yang paling merbahaya. Seorang wanita di
Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara
sepanjang hayatnya. Risikonya lebih tinggi di kalangan wanita Cina iaitu
1 dalam 14 dan India 1 dalam 15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang
terendah iaitu 1 dalam 24 wanita berbanding 1 dalam 8 bagi wanita di
negara-negara maju.
Tidak dinafikan bahawa beberapa faktor
seperti factor keturunan yang tidak boleh kita ubah. Namun, kita boleh
melakukan banyak perubahan dari segi gaya hidup yang dapat membantu mencegah kanser payudara. Di sini terdapat 10 cara utama mencegah kanser payudara. Cekidautt...
1. Kata “Tidak” kepada alkohol
Kajian
mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai
kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang
mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko
berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap
hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini
tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan,
sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula.
Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang
atau hormon (HRT).
2.Berhenti Merokok
Tabiat
merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga
kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko
tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit
jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat
untuk berhenti merokok.
3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman
Terdapat
banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan
risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak
bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam
sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan
suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25
hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser
payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.
4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda
Para
saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai
BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di
kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka
kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup
anda adalah 85%.
Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga
anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor
anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang
berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak
bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser
payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes
mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur
anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia
disebabkan baka keturunan merupakan
5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh
Kajian
mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu
tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan
progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat
lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh
10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali
normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih
dahulu.
6. Periksa payudara anda setiap bulan
Ini
merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak
akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat
mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat
rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.
Anda
boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul
dengan melayari
http://www.thefamilygp.com/thefamilygp_tv.aspx?cid=2&vid=iLyROoaftXAu
Tujuan
pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu
dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai
perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping
mencari sebarang ketulan atau nodus.
Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.
Memandangkan
payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda,
anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan
berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan
adalah cara yang paling selamat.
Anda perlu ingat bahawa 60%
daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga
70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes
ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.
7.Amalkan diet lemak rendah
Kita
tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser
payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu
kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika
berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser
payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari
biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang
mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan
ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan
dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras
ostrogennya.
8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan
Seperti
pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan
mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan
ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu
mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.
Menjalani
ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu
berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian
ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu
selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih
lembut.
Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita,
anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa
seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.
Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?
Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:
Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur
50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung
kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko
seseorang.
9. Berkeluarga awal jika boleh
Seorang
wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya
mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang
mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat
kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada
kanser payudara dan serviks.
10. Amalkan penyusuan badan
Kajian
mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan
mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut
disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal
mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.
Kanser
payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih
canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik.
Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat
Kecuaian.
No comments:
Post a Comment