Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
Berita
baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)
seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri telah
melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad Diskaun Siswa
1Malaysia itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini
bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.
Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal
mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad
Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Pelancaran kad KDS1M itu
adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar
Kebangsaan (MPPK).
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia juga akan diberi
kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan diskaun
pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
(KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa
pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara
automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan
Bank Rakyat.
Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) :
Dikeluarkan Bank Rakyat
Diberi percuma
Diskaun 5 hingga 60%
Disertai 51 syarikat
Secara automatik, tidak perlu pohon.
sumber dan info lanjut - 1pengguna.com
p/s : kan bagus kalau petrol pun dapat diskaun. lalalala~
No comments:
Post a Comment