Raja
segala makhluk
Allah
SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat,
Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa tak hanya atas
manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat
memahami bahasa semua binatang
Istana Nabi Sulaiman sangat indah.
Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat
dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak,
hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi
mutiara, dan sebagainya.
Sulaiman
kawal jin, haiwan
NABI Sulaiman dianugerahkan Allah
kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan,
termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan
sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya
Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan;
segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman.
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.”
Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat
melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau cuba
mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan perselisihan
antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan kebun.
Walaupun ketika itu usianya masih
muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik haiwan supaya
menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan
ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu. Sulaiman yang mendengar
keputusan bapanya mencelah: “Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu
sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman
diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan
dimanfaatkan bagi keperluannya. “Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan
kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan
asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara
demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita
kerugian lebih daripada sepatutnya.” Pendapat yang dikemukakan Sulaiman
dipersetujui kedua-dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan
itu kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.
Bertitik tolak daripada peristiwa
itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia juga sebagai bibit permulaan
kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud
menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan
Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak meredai beliau melangkah bendul
dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik
putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan cetek pengalaman. Absyalum mahu
mendapatkan takhta itu daripada bapa dan adiknya. Justeru, dia mula menunjukkan
sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri
dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas.
Sampai satu ketika, Absyalum
mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus merampas kekuasaan bapanya
sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel.
Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai
Jordan menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan
pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di
Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan
Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan anaknya yang derhaka itu. Allah segera
memberi petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum
memulakan peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tenteranya supaya tidak
membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup. Bagaimanapun,
kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia
mahu bertarung dengan tentera bapanya.
Kemudian, Nabi Daud kembali ke
Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu
sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa
penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan
yang dianugerah Allah. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung,
sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari
perut bumi untuk dijadikan perkakasan.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami
(tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama
dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan
sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya)
dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah
Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
Ratu
Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman
Setelah membangunkan Baitulmuqaddis,
Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk)
mencari sumber air.
Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud
menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi
Sulaiman dan berkata: "Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa
suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan..."
Firman Allah, bermaksud: "Maka
tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui
sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba
suatu berita penting yang diyakini.
"Sesungguhnya aku menjumpai
seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta
mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari,
selain Allah..."
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman
mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu
Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis.
Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah
kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan:
"Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi
Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?
"Sesungguhnya apa yang
diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu,
tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.
"Kembalilah kepada mereka,
sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu
melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan
terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga."
Utusan itu kembali ke negeri Saba
dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga
dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu
diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya,
terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut
kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman juga memerintahkan pasukannya supaya
membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.
Pada ayat 38 s/d 40 di surat
Al-Naml, disebutkan : 38. “Berkata Sulaiman : “Hai pembesar-pembesar,
siapakah diantara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya (ratu
bilqis) kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang yang berserah
diri.”
39. “Berkata ‘Ifrit (yang cerdik)
dari golongan jin :” Aku akan datang kepadamu sebelum kamu berdiri dari
tempat dudukmu ; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi
dapat dipercaya.”
40. “Berkatalah seorang yang
mempunyai ilmu dari buku-buku : “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu
sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana tersebut itu
terletak di hadapannya, iapun berkata :” Ini termasuk karunia Tuhanku
untuk mencoba apakah aku bersyukur atau mengingkari nikmatNya. Dan barangsiapa
bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan
baransiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Mulia.”
Lalu manusia yang memiliki ilmu
memindahkan istana ratu Balqis. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman:
"Seperti inikah singgahsanamu?" Dijawab Ratu Balqis: "Ya,
memang sama apa yang seperti singgahsanaku" Kemudian Ratu Balqis
dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana
itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana
Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Firman Allah yang bermaksud:
Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis)
melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan disingkapkannya
kedua betisnya.
Berkatalah Sulaiman; "sesungguhnya
ia istana licin yang diperbuat daripada kaca". Berkatalah Balqis;
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan
aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis
berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas
kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
Kewafatan
baginda
Kisah Sulaiman merangkumi tenteranya
yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu
Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat
dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan
memerhatikan jin
yang bekerja.
Firman Allah: "Tatkala Kami
telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka
setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur,
nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah
mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."
No comments:
Post a Comment