Friday, 26 April 2013

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

Untuk kawan2, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sindiket yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!


Sila share kepada rakan-rakan anda. ♥ ♥ ♥


 Photo: Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!


Sila share kepada rakan-rakan anda. ♥ ♥ ♥

Wednesday, 3 April 2013

Nikah, Make It Simple - 1 kisah yang patut dijadikan contoh

Well,sambil googling something today, ade email menerjah masuk. sambil check email, ade link secara tidak sengaja brang me to check out for facebook. so,amek lahh seminit dua scrolling the TL tgk post member skali skala. im not a facebooker actually. xde mase!hehe. erm, suddently, sorg kawan baik ade share 1 link. its very enchanting me

Berkenaan dengan entri yg saye share ni, im totally agree with her. mempermudahkan nikah..sebab islam itu simple jekk..kite yg melebih..well,lain org, lain pandangan. kepada pemilik story nii, ai mtk halal share kat sini yekk.. :)

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.Simple bukan? Kenapa perlu pening?Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang."Seganlah. Nanti orang kata apa.""Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Best regard,

Monday, 11 March 2013

Isu Lahad Datu : Salah siapa?

GE is about to coming and suddently there was freaking chaos in Lahad Datu. The militan..our force yang terkorban..pencerobohan..operasi daulat..all the words combination had just point my mind to find what is really happen. The keyword is try to relate the GE and those freaking chaos nearby Lahad Datu. Right..It must be just a very brilliant conspiration happen somethere..!precisely closed related to our nation political which just point each other fingers..

Frankly i am not behalf of any. But do rethink of citizens because i am one of them. Seriously i am sick with our political amused conspiration, allegation of allied to retain virtual and influenced..at the end Sabah being victimized of the vicious circle.

As long as daclaration of darurat, no election allowed! So, whose actually gain profit from the business? Or is somebody's out there yang takut dengan bayang sendiri hingga mencetuskan sesuatu yang mengalih mata semua pihak.. What has actually happened?ingin menunjukkan keprihatinan ke or sekadar to postpone the GE on purposed? However it was...there must be a secret conspiration behind...

Vex..absolutely vex...JIKA BERANI BERMAIN API..MENGAPA TAKUT TERBAKAR DIRI...kita dimetaforakan seperti anak kecil yang ditarik telinga, bila terasa sakit kita mahu memberontak dan menangis..namun lalu dipujuk dengan gula2 bagi mendiamkan tangis kita..as a child yang hanya berfikir lurus, kita merasa disayangi biarpun hanya dipujuk dengan sebiji gula2...Satu tindakan memujuk yang kelihatan cukup santun dan cukup bergaya...makes us jazzy and sweet dreams in lovely Waltz!

Allah has vividly mentioned in Al Quran..we differed from animals because we knows how to think well..Akal..it was a precious gift from Allah for every human beings..Agar kita tahu untuk membezakan..untuk menilai..dan untuk berfikir dengan sebaiknya..bukan biarkan diri seperti lembu..dicucuk hidung dan ditarik kesana kemari tanpa membantah. Right?

So...educated generation...berpijak dibumi nyata..as we are muslim, doa is our worthy weapon..hope we will avoided from cruelty...which seems triggered ON PURPOSED!!!

Best regard,

Saturday, 2 March 2013

Big family in law dine out night

Salam.

Haa.ni nak citer sal hari hang out ai dengan my future family in law..haha..nun meja tengah sane tuu my future father and mother in law. tema kami biru malam tuh..nak kuar makan pun ade theme colour..hebatkan?haha

Yang ni ai snap sebahagian..sebab total yang kuar malam tuh 30 lebih. kirenye anak branak kami conquer food village malam tuh. Best jugak laa makan stimbot kat sini. 1 kepala RM20..pastu sila laa melantak sampai tak hengat..bayangkan future father in law ai spend malam tu. haha. kitorang ni bab mengenyangkan perut memang tade hal punye. Well...ai sebenarnye tak telan sangat sebab bakal asben ai tuh dah janji nak kasi tutti frutti kat ai. ai siap ugut tanak balik lagii kalo dia tak beli malam tu jgk. mengade kannn?hehe..punce2 mengade lupe dahh..tapi yang pastinye dia kene buat aku janji untuk pegi cari tutti frutti malam tuh.

Want to catch an experience of steamboat dine in Kelantan?Chim Chum Food Village.. It was located at jalan menghala ke airport.. give it a try...its good for families bonding time..

Friday, 7 December 2012

Simple Itu Sweet ♥

Hawa : Kenapa abang buat baju pengantin macam baju kurung..?

Adam : Kenapa..? Sayang nak baju pengantin macam mana..?

Hawa : Biasanya kan baju pengantin banyak labuci , warna-warni..cantik..lagipun perkahwinan hanya sekali...apa salahnya ?

Adam : Awak nak baju pengantin yang menampakkan susuk tubuh tuh ? Awak tahukan menampakkan susuk tubuh itu umpama membuka aurat ? ..( Tersenyum)
Lagipun..sebab berkahwin sekali seumur hiduplah kita kene buat majlis ini penuh kerahmata
n dan keredhaan Allah...Kalau Allah redha..InsyaaAllah..Allah akan berkati perjalanan rumah tangga kita..Tak gitu wahai bakal bidadari Syurga-Ku ~?

Hawa : *Tersenyum* ...Dalam Hati Memuji Suami Tak berhenti-Henti ♥

Nak Jumpa Dalam Realiti ..Err ..." Usaha Tangga Kejayaan ! " ^^
In Shaa Allah...Lelaki Sebegini Masih Wujud :)

♥.♥

 Sabda Nabi SAW:
''Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah .
Sesungguhnya semulia-mulia wanita itu ialah yang
paling mudah urusan maharnya .''


Objektif bercinta hingga ke syurga, bukan sekadar majlis yang sederhana dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, mahar juga haruslah semudah yang boleh. Bukankah elok kita memudahkan perkara yang baik. Insyaallah, akan turun keberkatan dari langit.


Barangsiapa yang mencari redha manusia dengan murka Allah, maka dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia, namun barangsiapa yang mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, dia akan dijaga oleh Allah. Perkahwinan itu untuk mencari redha Allah, tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk sampai perlu berhutang. Islam itu cukup mudah. Bagi aku, cukuplah Al-Quran sebagai mahar. Sweet kan..... :)



Soalan: Apa hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin? Jawapan: Harus jika kedua-dua pengantin adalah ayam.



Bersederhanalah kita dalam bermajlis. Kecantikan pengantin perempuan itu bukan untuk dipertontonkan. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Membazir tu kan amalan syaitan. Tak perlu lah sampai nak tukar persalinan sampai 5-6 pasang. Cukuplah lafaz akad dan cinta dari bakal suami tersayang..Kecantikan para isteri hak milik mutlak para suami...setuju ..??.  :) 

 Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.
Tapi...
Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah ?

~ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

~ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^?^).

~ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^?^).

~ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ?.
NO couple, YES nikah !!

Sweetnyee Cinta After Akad

 Manusia dilahirkan dengan suatu lumrah yang tidak dapat dielakkan, iaitu berkasih sayang....
 Ketika semuanya sedang meniti alam dewasa...perasaan setiap insan pasti tidak dapat dipisahkan dengan ingin mencintai sesama insan...


(✿◠‿◠)saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)
(✿◠‿◠)saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah JUJUR,

tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah BERHARAP,

tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

- Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada

menghabiskan waktu dengan orang yang salah -,-

✿ Kita tidak boleh bersentuhan tangan..

~> Tapi cukuplah kita bersentuhan HATI..

✿ Kita tidak boleh keluar berdua..

~> Tapi cukuplah kita bertemu dalam DOA..
♥ Simpan CINTA itu untuk yang HALAL bagimu ♥ (,"(",)~

Photo: ✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.. # 
✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.. #
  Photo: Insya-ALLAH, awak ! ♥ :')


Ya Allah,

Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati

 


Sesungguhnya, tiada yang baik untuk cinta sebelum nikah. Cinta yang tidak halal serta mampu mengundang pelbagai fitnah..Rawatlah hati dengan cinta Allah.. Insyaallah..jika telah Allah tetapkan dia milikmu, pasti bersatu jua kelak..  Pupuklah hati dengan cinta Allah.. Semoga Allah mengurniakan kita dengan insan yang melabuhkan cinta padaNya, agar bertambah kekuatan kita untuk mencintai Allah..


 ♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Photo: ♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Ya Allah Satukanlah Cinta Kami Semoga Kekal Sampai Syurga

                                                                 *************
 Dan..Manis sebuah kesabaran itu terasa apabila sudah meniti gerbang cinta perkahwinan kerana cinta dan si dia adalah halal bagimu.. Masyaallah..Indahnya cinta dalam redha...Jom kita berusaha mendapatkannya... !!!

 Isteri :  Abang, abang tak menyesal ke kahwin dengan saya, saya kan tak cantik.. Abang Kata abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu? Kita skrang sudah pun di ijab kabulkan?

Suami :  Sayang,...abang kahwin dengan awak bukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapi kerana cinta yang ada dalam hati abang. Abang nak bina hubungan yang diredhai ALLAH. Abang tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah,kelak Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. Abang cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH~ Forever~


Isteri :   Subhanallah ^_^ , hehe... I LOVE YOU 2, 3, 4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..

♥ Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH ♥ ♥ ♥

 

Tuesday, 4 December 2012

Cinta Hingga Syurga - Pilih Di Tanah Mana Zuriatmu Berdiri


 
♥ PILIHLAH AGAMA PASTI ENGKAU BAHAGIA ♥

✿~ Jika aku pilih yang BERHARTA, pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga...

✿~ Jika aku pilih kerana PARAS RUPA, pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa...

✿~ Jika aku pilih kerana KETURUNAN, belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama di dada.


tetapi.....Jika aku pilih kerana AGAMA, sudah pasti aku dapat meraih SYURGA DUNIA bahkan SYURGA ALLAH di sana...kerana aku tahu, hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REHDA Illahi, itu JANJI Allah....♥♥

 
Assalamualaikum..


  "Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah agamanya.. Nescaya beruntunglah kedua tanganmu.. "

                                       HATI + IMAN = PERTIMBANGAN YANG BAIK

Seringkali pada hari ini, kebanyakannya memilih pasangan kerana indahnya rupa dan tebalnya poket. Lalu, di mana letaknya pertimbangan terhadap akhlak, budi dan agama? Kalau yang lelaki, perempuan tak cantik, SAY SORRY!! Kalau perempuan, lelaki tak berduit, BOLE BLAHH!! Lalu........di manakah pertimbangan kita yang sebenarnya???

                                        NAK KAHWIN?? PILIH BETUL-BETUL BEB.....

Suatu kisah yang diceritakan berlaku pada zaman Khalifah Umar r.a. Seorang ayah datang mengadu pada Amirul Mukminin tentang sikap dan  kenakalan anaknya yang merunsingkan si ayah. Lalu, Amirul Mukminin memanggil anak tersebut dan bertanyakan tentang kesahihan hal yang diceritakan tentangnya oleh ayahnya. Kata anak tersebut, wahai Amirul Mukminin, benarlah seperti yang diceritakan oleh ayahku tentang diriku. Tetapi, aku jadi sebegini adalah disebabkan oleh ayahku. Amirul Mukminin lalu bertanya apakah sebabnya. Anak itu berkata, ada 3 penyebab yang menjadikan aku seperti ini.

1) Ayahku tidak memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri iaitu ibuku.
2) Ayahku tidak memberikan aku nama yang baik.
3) Ayahku tidak pernah mengajarku membaca Al-Quran.

Lalu, Amirul Mukminin menanyakan kepada si ayah adakah apa yang dikatakan oleh anak itu benar. Kata ayah kepada anak tersebut, benar wahai Amirul Mukminin...

Sebab itulah, kepada lelaki, jangan nak cari isteri tuh pakai tangkap muat jek.. Harus diselidiki latar belakangnya KERANA DIA ADALAH BAKAL IBU KEPADA ANAK KORANG.  Jika baik acuannya, maka eloklah hasilnya. Oleh sebab itulah, Islam telah menggariskan panduan kepada kita dalam mencari dan memilih jodoh.. kalau setakat cinta semata-mata tanpa peduli siapa bakal pasangan kita, maka sia-sialah ikatan perkahwinan kelak kerana kita memilih kerana nafsu, bukan mengikut pertimbangan akal.

Lelaki, wanita itu amanah. Korang bebas memilih.. begitu juga wanita..pilihlah sesiapa sahaja yang dirasakan paling berpadanan. Namun ingat, hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Time bercinta semua suka. Bila dah kahwin, mampu ke nak ulang balik masa untuk pilih pasangan lain yang lebih baik? tidak sekali-kali..... So, nak pilih, pilihlah sekarang.. Ikut yang agama gariskan.. utamakan akhlak pasangan. Insyaallah..tak kan menyesal...

Wahai wanita.......Lelaki, bila datang bersama agama yang baik, jaga sembahyang, jaga akhlak, berpelajaran dan bekerjaya baik, maka itu adalah pakej terbaik yang tidak harus dilepaskan untuk wanita jadikan suami dan ayah kepada bakal anak-anak. Tapi, bila lelaki itu cuma datang ke dalam hidupmu bersama pakej agama dan akhlak yang baik, biarpun tidak berpelajaran tinggi, itu adalah tiketmu untuk ke syurga wahai wanita.. :)

Wahai lelaki........Bila datang seorang wanita yang memiliki asas agama yang baik dan berhemah tinggi, maka itu pastinya pakej terbaik untuk dijadikan suri hidupmu.. Jauhilah wanita liar yang sukar dilentur andainya dalamanmu tidak kuat untuk mendidiknya kerana di akhirat kelak, kamu akan dipersoalkan oleh Allah..

Kesimpulannya, memilih jodoh itu simple. Kita yang rumitkan dengan alasan CINTA sampaikan kita lupa, mampukah kita mendapatkan tiket untuk bercinta hingga ke syurga hanya dengan CINTA semata-mata....Labuhkan cinta pada Allah kerana Allah pasti akan menhadirkan kepada kita insan yang melabuhkan cinta padanya. Janji Allah tentang jodoh yang baik bukan hanya pada awal perkahwinan, tetapi sepanjang jalan menuju ke syurga. So, jika nak yang terbaik, persiapkanlah diri sebaiknya. Insyaallah.....kerana BERCINTA SELEPAS NIKAH ITU ADALAH INDAH DAN MULIA KERANA SEGALA-GALANYA HALAL DI MATA ALLAH..

                        *PANGKAT DAN HARTA TAK MENJAMIN BAHAGIA.. CANTIK DAN KEAYUAN WAJAH KAN PUDAR AKHIRNYA....KEMISKINAN DI DUNIA TAK BERERTI KAU TERHINA KERANA ITU HANYALAH PADA PANDANGAN MATA..KEMEWAHAN TAK BERMAKNA HIDUPMU AKAN SENTOSA KERANA KESEMPURNAAN ALLAH YANG MENILAINYA*

#SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGGAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN BERJAYA MERAIH CINTA DALAM REDHA ALLAH..BUKAN HANYA BERCINTA DI DUNIA, TAPI BERCINTA HINGGA KE SYURGA..AMIN YA RABBAL'ALAMIN..#