Finally,
I’ve decided on getting married. (March 14)
“Yes, you proposed me on the right time. Disaat hati
mulai tewas dan mengalah. Dugaan hidup cukup kuat. Since ragu dengan
keadaan, putuskan ikatan pertunangan. Suddenly you came with sparkles in your
eyes and seek my hand for marriage. That time I was thinking, should I accept
you??But actually my hearts open by the mean time.”
Nadwa.M,
Oct 2014
****
Seminggu kita diam tanpa bicara, berada jauh dari pertemuan
mata dan sujud kepada pencipta dengan penuh tafakur. Sayangku, demi cinta yang
ummi serahkan sebulatnya kepada Yang Maha Kuasa, biarlah dia yang membuka hati
ini sekiranya jodoh itu milik kita. saat itu hati ini mulai berbunga rindu.
Allahuakbar.. Adakah Tuhanku telah menemukan ummi dengan pilihan yang tepat.
Disaat itu, tasbih dan sejadah tidak lekang bersama.
Jahilnya diri dikala dilanda masalah. Ketika jatuh, mulai mencari dimana
pencipta. Dalam sujud, ummi menangis. Usai solat, menggenggam erat tasbih
pemberian abbi dan berdoa sepenuh hati, jika abbi milik ummi, mohon Allah
kembalikan. Jika bukan milik ummi, bawalah pergi sejauhnya. Sungguh, jika abbi
pada pengetahuan Allah adalah bukan milik ummi, ummi tidak memerlukanmu
sayangku. Sama sekali tidak !!
Suatu pagi, dengan izin Allah, dengan gerak hati,
berbekalkan istikharahku yang paling lama seumur hidupku, abbi kembali menemui
ummi. Dengan perjalanan yang begitu mudah, mama menyarungkan cincin di jari
ummi,tanda ikatan yang baru bermula.
Masih terngiang dan tetap segar dalam ingatan ummi bila
abbi datang and bagitahu ummi. Di dalam mimpi abbi, kita mengunjungi baitullah
di tanah suci Makkah. Kata abbi, ummi begitu cantik memakai telekung putih dan
berdiri di sisi abbi. Kedua, abbi mimpikan kita dalam majlis akad nikah sambil
abbi melafazkan ikatan suci untuk menjadikan ummi sebagai suri hidup abbi. Dan
ketiga, mimpi abbi yang meraikan airmata gembira apabila zuriat kita menjengah
dunia, tanda cinta ummi dan abbi.
Tanpa sedar, mutiara jernih jatuh dari kelopak mata ummi.
Perjalanan kita cukup sukar. Namun sering ummi ingatkan abbi tentang sepotong
ayat dari surah Al-Insyiirah yang terkandung di dalam kalamullah, ‘di setiap
kesukaran itu datangnya kemudahan’.
Abbi.. mungkin pernikahan kita tergolong dalam status
‘jarak jauh’ disebabkan tuntutan tugas masing-masing. Mungkin kita akan
memerlukan peruntukan lebih untuk tiket flight setiap bulan. Mungkin kita perlu
tersenyum nakal dengan jumlah bil telefon abbi yang mencecah RM400++ seperti
selalu. But it doesn’t matter at all. Niat kita adalah untuk membina hubungan
halal dan diredhai di sisi Tuhan. Apa pun kepayahan kita kena kuat. Sekarang
ummi mengerti tentang manisnya RINDU.
If sekarang sayang ummi tengah baca ni, I am truly sorry
sebab ummi dah lupa nak menulis in Malay language dengan proper. Abbi sendiri
tahu yang sayang abbi ni setiap hari speaking, reading and writing in English kan. Even
gaduh dengan abbi pon will be all in English. At the end of the day, abbi akan
mengalah dan pujuk ummi dengan penuh kasih sayang.. abbi akan panggil macam ni, “sayang abbiiii…”
I bet u smiling right now!! ;) So sweet of you sayang…..
Kesayangan ummi, thanks for everything. Thanks untuk
kesabaran abbi, kasih sayang abbi..Dan thanks untuk doa abbi yang tak pernah
putus untuk kita..Btw, thanks untuk nombor pendaftaran yang cantik untuk kereta
baru ummi yang cantik. T** 88… Sanggup abbi bid dengan cina tu kan. Surprise me
much and makes me much happy for that. Thanks sayanggg..Abbi adalah cinta ummi
dunia dan akhirat. InshaAllah..
Sincerely, your lovely honey,
No comments:
Post a Comment