Friday, 30 October 2015

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

*Selepas baca boleh SHARE ✌😉
Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE

Cerita wanita mengandung '9 bulan' ini wajar buka mata setiap suami.

Artikel ini dikongsikan oleh Puan Shiela Amir. Semoga menjadi iktibar dan memberi kesedaran kepada para suami di luar sana. Baca lagi:
Orang perempuan ni kuat. Bab mengandung, dari mula mengandung, macam2 kena go thru. Morning sickness, sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki cramped tengah malam, nak bangun dari katil susah, nak berjalan tak larat badan berat dah mcm badak. Itu belum yang kena sembelit & buasir.
9 bulan bawa kandungan. Lepas tu bab bersalin, berjam-jam tahan sakit contraction. Ada yang berhari-hari. Sakitnya Allah je yang tau.
Belum campur sakit kena seluk nak cek jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit. Even ada yang end up kena czer. Bila dah settle, bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu, tak boleh makan ni.
Jalan kena slow2 sebab sakit. Lagi2 kalau yang kena jahit tu. Tak kisah la jahit czer ke jahit bawah. Dua2 pun sakit. Lepas tu nak kena kuruskan badan balik, nak hilangkn stretch marks yang degil tu, nak kempiskan "poket kangaroo" lagi & the list goes on.
Jadi 9 bulan plus 100 hari pantang, seorang wanita bekorban lebih kurang 1 tahun untuk melahirkan seorang anak yang kemudian berbin/berbintikan suaminya.
Maka wajarlah para suami menghargai & memuliakan isteri masing2. Don't take them for granted. Percayalah, segagah mana pun lelaki, dia tak mampu nak mengandung & menahan sakit bersalin yang mampu ditanggung oleh selembik-lembik seorang wanita. Ada sebab kenapa Allah pilih wanita yang melahirkan zuriat & keturunan anda ❤



Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.

Diazankan Pada Telinga Kanan & Diiqamatkan Pada Telinga Kiri.

Supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Azan juga adalah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nantikan kelahiran bayi ini.

Melakukan Sujud Syukur

Suami disunnahkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikrullah (Tasbih-Subhanallah, Takbir-Allahuakhbar & Tahmid-Alhamdulillah)

Memberi Nama Yang Baik Kepada Anak.

Ibu bapa disunnahkan memberi nama pada hari ketujuh atau pada hari bayi dilahirkan. 
Nama bayi haruslah mengandungi makna yang baik.


Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Bayi yang baru lahir disunnahkan Tahnik.
Iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu menggosokkan kurma ke lelangit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.

-WALLAHUALAM-

Tips Kurangkan Sakit Bersalin Supaya Ibu Tak Menjerit Dalam Dewan Bersalin

Semua orang tahu bahawa sakit bersalin adalah sakit yang paling sakit di dunia. Maka, wajarlah darjat ibu dinaikkan 3 kali ganda melebihi seorang ayah. Berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkn oleh Abu Hurairah :
Seorang lelaki datang menemui baginda Rasulullah S.A.W dan bertanya,
“Siapakah manusia yang layak untuk aku layan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab, “Ibu kamu”
Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Ibu kamu”
Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Ibu kamu”
Dia bertanya lagi, “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab, “Kemudian bapa kamu”
Walaupun bersalin itu sakit, namun ramai wanita nampaknya tidak serik. Tetap bahagia dan gembira walaupun bersalin beberapa kali. Sakit itu seolah-olah hilang apabila bayi dilahirkan. Sebenarnya bukan ketika bersalin sahaja sakit, malah selepas bersalin, ibu perlu menanggung sakit akibat luka pula. Sama ada bersalin biasa ataupun pembedahan dan sakitnya nak layan kerenah anak kecil dalam keadaan berpantang.
Semasa dalam bilik bersalin, sekiranya ibu tidak tahan sakit, beberapa pilihan ubat tahan sakit akan diberikan. Namun, dikatakan sakitnya tetap ada walaupun sudah diberi ubat tahan sakit. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengawal dan mengurangkan rasa sakit bersalin ini secara semulajadi tanpa ubat tahan sakit.
🌷Pilihan ubat tahan sakit semasa bersalin.
Cara kurangkan sakit bersalin sebelum dan semasa mengandung
🐚Dapatkan nutrisi yang cukup
Dapatkan vitamin dan zat mineral secukupnya ketika mengandung, terutamanya vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung iaitu zat besi, vitamin B, vitamin C, asid folik dan kalsium.
Makan makanan seimbang dan pelbagai mengikut saranan piramid makanan supaya ibu mendapatkan karbohidrat, protein dan lemak secukupnya untuk pertumbuhan dan pembesaran bayi.
🐚Bersihkan usus
Wanita hamil seringkali mengalami masalah sembelit dan ini boleh membina kotoran, mukus ataupun toksin di dalam usus. Apabila bayi dilahirkan, dia akan menekan bahagian usus besar dan sekiranya penuh dengan najis, boleh menyebabkan kesakitan. Jadi, sebaiknya lakukan detoks sebelum mengandung dan bukan ketika mengandung.
Semasa mengandung, ibu perlu pastikan yang ibu tidak mengalami sembelit dan boleh membuang air besar setiap hari. Lagipun, usus yang bersih diperlukan untuk penyerapan zat makanan. Sekiranya usus kotor, bagaimana zat makanan dapat diserap?
🌷Atasi masalah sembelit ketika mengandung.
🐚Senaman
Lakukan senaman aerobik seperti mengayuh basikal, berjalan atau jogging 3 kali sehari setiap minggu lebih kurang selama 30 minit. Semasa dan selepas senaman, badan akan mengeluarkan hormon endorphins yang merupakan penahan sakit semulajadi semasa proses bersalin dan badan sudah pun terbiasa dengan hormon ini.
Jika ibu memang sudah biasa dengan program senaman tertentu sebelum hamil, maka boleh teruskan sahaja dengan program itu. Namun, jika ibu tidak biasa bersenam, mulakan sedikit demi sedikit sehingga badan terbiasa dengan senaman. Yang penting, janganlah sampai sesak nafas ataupun kekurangan air.
🌷Panduan senaman untuk ibu hamil, mudahkan kelahiran bayi.
🐚Belajar teknik mengawal pernafasan
Teknik ini seeloknya dipelajari di dalam kelas, tapi sebelum bersalin hari tu, saya hanya belajar di You Tube sahaja. Teknik pernafasan penting untuk mengelakkan ibu panik apabila sakit kontraksi menyerang. Dan perlu ingat, bahawa panik tidak akan membantu langsung.
🌷Semasa kelahiran bayi
🐚Elakkan bersalin secara gesaan.
Maksudnya kalau boleh, elakkan kena masuk ubat ataupun pitocin semasa proses bersalin. Kerana apabila bersalin secara gesaan, kemungkin sakitnya lebih kuat adalah tinggi.
Namun, mungkin ada sesetengah ibu yang terpaksa melalui proses ini kerana masalah kesihatan ataupun jalan tidak terbuka. Terpaksalah, apa boleh buat. Berdoalah supaya proses bersalin itu lebih mudah.
🐚Makanan untuk tenaga dan ketahanan
Makanlah mengikut keperluan kerana badan memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Saya faham ramai ibu-ibu yang sudah hilang selera apabila rasa sakit bersalin dan ada beberapa kakitangan kesihatan yang tidak menggalakkan ibu makan apabila berada dalam dewan bersalin kerana bimbang ibu terpaksa dihantar untuk pembedahan. Namun, saya ulang sekali lagi, ibu perlukan tenaga semasa proses meneran bayi nanti.
Saya sarankan ibu makan makanan yang senang dihadam, contohnya sup sayur, salad ataupun buah-buahan. Kurma mungkin adalah pilihan terbaik untuk ibu yang berada di dalam dewan bersalin. Sebelum pergi ke hospital, ibu mungkin boleh mengisi perut dengan protein ataupun karbohidrat kerana mungkin ibu tak larat nak makan yang berat-berat apabila sakit kontraksi semakin menyerang.
🐚Kekal aktif dan tukar posisi dengan kerap
Ramai ibu yang memilih untuk berjalan-jalan keliling bilik sementara menunggu masa untuk bayi keluar. Duduk dalam keadaan yang ibu rasa selesa. Dalam proses untuk keluar, bayi akan menekan saraf, otot dan sebagainya. Namun, jika ibu terlalu baring, bayi mungkin akan menekan saluran darah yang besar. Pilihlah mana-mana posisi yang ibu rasa lebih selesa.
🐚Kosongkan pundi kencing dengan kerap
Tekanan pada pundi kencing yang penuh adalah amat tidak selesa, apatah lagi sekiranya bayi turut memberi tekanan pada tempat yang sama. Jadi, pastikan ibu kosongkan pundi kencing dengan kerap. Jika tak mampu berjalan, gunalah bekas untuk kencing.
🐚Urutan
Setiap wanita adalah berbeza. Semasa bersalin dulu, suami tidak sempat untuk menemani saya. Jadi, saya rasa lebih selesa apabila ibu mengurut belakang saya. Ada yang suka letakkan pad yang sejuk atau suam di bahagian belakang ataupun perut.
Ada juga ibu yang selesa menggunakan birthing ball. Apa yang penting, ibu kekal selesa dan ceria untuk pembebasan hormon endorphin yang merupakan penahan sakit semulajadi untuk ibu dalam proses bersalin.
🐚Amalkan teknik pernafasan
Tadi dah belajar semasa mengandung kan? Sekarang ialah masa untuk praktikkannya. Yang penting jangan panik dan tarik nafas dengan dalam dan sempurna.
🐚Berdoa kepada Allah agar mudahkan proses kelahiran
Ketika bersalin 2 tahun lepas, saya tidak boleh duduk senang. Maklumlah anak pertama dan suami pula tiada di sisi. Seorang sahabat menasihatkan saya supaya berzikir dengan kuat supaya fokus kepada sakit hilang. Dan, satu dewan bersalin memang dengar saya berzikir. Ajaibnya, memang say tidak fokus lagi kepada sakit dan hanya menunggu bukaan penuh untuk meneran bayi.
Untuk ibu yang berada pada penghujung kelahiran, semoga proses bersalin dimudahkan. Jika mencari-cari set untuk berpantang atau sekadar nak sembang-sembang dengan saya, boleh hubungi Intan : 012-9270127


Cara Bedung Bayi (Video)


Tips untuk parenthood. 
Cara bedung bayi dengan betul dan kemas.






D.I.Y Baby Wipes

Ibu-ibu yang ada baby mesti pakai berdozen-dozen baby wipes kan. Sebenarnya, kita boleh buat baby wipes sendiri dan berjimat denganya.
Jom buat ini di rumah


D.I.Y Baby Wipes
***********************
Bahan-bahan
Tisu roll dapur
Baby oil
Baby wash
Air



Mula-mula potong tisu dapur kepada 2 bahagian

Campurkan bahan-bahan berikut dan kacau hingga larut.
1 sudu besar baby wash
1/2 sudu besar baby oil
1 cawan air
Boleh tambah setitis dua tea tree oil sebagai agen antibakteria.( minyak kelapa dara NEMO pun boleh)

Letakkan tisu dalam mangkuk dan curahkan larutan tadi ke atas tisu. Biarkan 5 minit supaya tisu betul-betul basah. Kemudian rendam bahagian atas tisu pula. Biarkan 5 minit juga.

Dengan berhati-hati, keluarkan kertas cardbord di tengah-tengah tisu. Kemudian keluarkan tisu pula.

Anda boleh simpan tisu basah tadi dalam bekas kedap udara, supaya ia kekal lembap. Selamat mencuba.
* gambar di ambil dari google.

Komunikasi Dengan Bayi Dalam Kandungan

Ibu² comel semua.. Jom kita praktikkan cara KOMUNIKASI dengan si manja.. Mesti best tengok respon dia kan?