Friday, 30 October 2015

Tanda-Tanda Isteri Akan Bersalin Yang Suami WAJIB Tahu

Bukan semua isteri atau ibu yang mengandung menunjukkan tanda bersalin yang sama kerana setiap isteri atau ibu akan mempunyai tanda-tanda bersalin yang berbeza bagi setiap kelahiran anak dari yang sulung hingga anak bongsu. Menjadi tanggungjawab suami untuk tahu persediaan bersalin bagi mengurangkan risiko kadar kematian bayi anda.
Tanda isteri akan bersalin terbahagi kepada 2, iaitu panjang dan pendek. Jangka panjang di anggarkkan sebulan sebelum bersalin, jangka pendek pula sehari sebelum bersalin.
Tanda-tanda isteri akan bersalin yang suami harus tahu:
TANDA JANGKA PANJANG
🌸Kerap Kencing
Rasa ingin kencing akan berlaku kerap kali apabila bayi mula bergerak kebawah. Berat bayi tersebut akan menyebabkan pundi kencing anda akan mengecil. Semakin kerap anda kencing, menunjukan kepala bayi anda sudah menekan pundi kencing anda.
🌸Sakit belakang
Sakit belakang boleh di katakan setiap ibu mengandung akan mengalaminya. Ini kerana pelvis akan di renggangkan oleh berat bayi tersebut.
🌸Engages
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah, manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.
TANDA JANGKA PENDEK
🌸Bloody show
Kepala bayi akan turun ke dalam pelvis, ini akan mengakibatkan plak mukus tertangal. Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu tahu, apabila lendir ini keluar, ia bermaksud bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.
Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa2 untuk ke hospital. Sebab tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
🌸Pecah air ketuban
Air ketuban pecah apabila ia yang di penuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam rahim koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda. Namun tidak semua ibu akan mengalami perkara ini. Anda dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin, kerana kemungkinan besar anda akan bersalin pada bila-bila masa.
🌸Keluar air dari vagina
Semasa mengandung, sejenis lendiran darah menjadi palam penutup bukaan servik bagi mengelakkan bakteria memasuki uterus. Apabila servik mula menipis dan terbuka, palam ini akan terkeluar. Anda akan dapati lendiran yang likat berwarna coklat atau merah jambu dan kadangkala berbaur merah darah.




Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

🌸Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.🌸 

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

🍁Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari🍁

- Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum. Amalkan masa haid.

- Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu.

⏩SILAKAN SHARE DGN KWN2 JIKA IAINYA BERMANFAAT ⏩


Monday, 26 October 2015

CARA CEPATKAN BUKAAN RAHIM SUPAYA CEPAT BERSALIN

Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

sources : https://www.facebook.com/Panduan-Ibu-Mengandung-152912544851368/


PETUA MENAMBAH AIR SUSU IBU DENGAN LOBAK PUTIH SERTA 14 MANFAAT TERHADAP TUBUH.


Salah satu Petua lama untuk menambah air susu ibu adalah dengan makan lobak putih. Caranya adalah:

-Lobak putih dikikis kulitnya dan diparut. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Minum air lobakitu 2 kali sehari.

Sekiranya anda tidak 'lalu' untuk minum air jus lobak putih, anda boleh makannya bersama sup ayam ataupun sup sayur. Selain rasanya yang tawar+lemak, ianya juga tidak muak dan tidak bau hanyir!


Apakah Manfaat lobak putih?



Kardiovaskular
lobak putih merupakan sumber antosianin yang boleh membantu mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular dan ia juga menunjukkan kesan positif sifat anti-kanser dan anti-inflammatori (anti-radang).

Kanser
Selain bersifat detoksifikasi, kaya vitamin C, tinggi kandungan folik asid dan sumber antosianin, lobak putih dikatakan mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan beberapa jenis kanser seperti kanser kolon, buah pinggang, perut dan oral. 

Sembelit
Lobak putih mengandungi kandungan fiber yang tinggi di mana ia boleh melancarkan pembuangan sistem tinja. Selain mampu melembutkan najis, lobak putih juga menyembuhkan cirit-birit.

Sistem respiratori, Bronkitis dan Athma.
Lobak putih bersifat anti-congestive, iaitu ia dapat mengurangkan sesak nafas di dalam sistem respiratori termasuklah gatal tekak, saluran pernafasan, sakit paru-paru yang berpunca dari selsema, jangkitan kuman, elergik dan beberapa punca lain lagi. 

Tekanan Darah
Lobak merah juga merupakan sumber kalium. Kalium di katakan mampu mengurangkan tekanan darah kerana apabila ia berinteraksi dengan salur darah, ia mampu  melancarkan peraliran darah. Kalium membantu mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan bukaan salur darah.

Diabetes
Kandungan Indeks glisemik yang rendah di dalam lobak putih mampu memberi impak positif terhadap kandungan gula di dalam darah. Ia juga membantu mengawal penyerapan gula ke dalam aliran darah.

Kulit Cantik
Kandungan Vitamin C, Zinc, Fosforus dan beberapa kumpulan vitamin B kompleks adalah baik untuk kulit. Kandungan air di dalam lobak putih mampu mengekalkan kelembapan kulit. Pupur lobak putih juga bagus di amalkan sebagai "cleanser" muka.  Di sebabkan sifat lobak putih yang anti-jangkitan, lobak putih mampu memperbaiki struktur kulit seperti kulit kering, ruam dan kulit merekah.

Demam.
Lobak putih mampu menurunkan suhu dan mengurangkan bisa badan ketika demam. Cara terbaik adalah dengan meminum jus lobak putih bersama garam hitam.

Sakit Buah Pinggang. 
Lobak putih membantu "membersihkan" toksin yang terkumpul di dalam buah pinggang . Lobak putih membantu mengurangkan pengumpulan toksin dalam darah, dengan itu mengurangkan tumpuan mereka di dalam buah pinggang . Sifat disinfektan dalam lobak putih membantu melindungi buah pinggang daripada sebarang jangkitan juga.

Gigitan Serangga
Sifat anti-pruritc di dalam lobak putih berfungsi untuk merawat gigitan serangga dan juga sengatan lebah. Jus lobak putih juga mampu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada bahagian gigitan serangga.

Dehidrasi
Lobak putih mempunyai kandungan air yang tinggi dan ianya bagus untuk mendehidrasiakn badan. Sifat lobak putih yang mampu mengekalkan kandungan air di dalam badan boleh memperbaiki sistem penghadaman, mengurangkan sembelit.

Sakit tekak dan Sesak Nafas.
Lobak putih mampu menghapuskan lendir yang berlebihan di dalam tekak. Tambahan pula, lobak putih telah dikenali untuk melegakan sakit tekak dan melegakan kesesakan dengan membersihkan sinus.

Vitamin C dan Sistem Imunisasi
Vitamin- C tidak hanya meningkatkan sistem imun anda , tetapi ia juga dianggap sebagai super vitamin kerana mempunyai manfaat yang tinggi kepada  badan. Ia membantu mengawal metabolisme anda , yang mengubah lemak menjadi tenaga yang boleh digunakan, dan ia merupakan penyumbang utama dalam penciptaan kolagen , yang merupakan protein penting yang menguatkan dinding saluran darah dan mengurangkan peluang artherosclerosis dan pelbagai penyakit jantung yang lain.

Hati & Pundi Hempedu
Lobak putih adalah amat bermanfaat untuk fungsi hati dan pundi hempedu. Mereka mengawal pengeluaran dan aliran hempedu dan bilirubin , asid, dan enzim. Tambahan pula, ia juga membuang bilirubin yang berlebihan daripada darah , dan ia mengandungi enzim seperti myrosinase , diastase , amilase dan esterase . Pengambilan lobak putih melindungi hati dan pundi hempedu daripada jangkitan dan ulser.


sources: http://www.fitmummyforlife.com/2015/09/petua-menambah-air-susu-ibu-dengan.html

14 PANTANG LARANG SEMASA DALAM PANTANG






Pantang Larang Semasa Dalam Pantang 

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: 

1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal
 Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. 

2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) 
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu. 

3. Jangan Duduk Mencangkung 
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah. 

4. Mandi Duduk Di Bangku 
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah. 

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur 
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula. Jangan Terlalu Aktif Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat. 

6.  Jangan Makan Ubi-Ubian 
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak. 

7. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik 
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari. 

8.Jangan Tidur Waktu Senja 
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila. 

9. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca 
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. 


10. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja 
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya. 

11. Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk 
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah. 

12.Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu. Namun ada juga ibu-ibu yang berpantang selama 44 hari. Apa pun, berbincanglah dengan suami anda agar tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Isteri haruslah menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin agar badan tidak mudah bisa-bisa atau sengal-sengal . 

13. Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih berguna untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu. 

14. Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala. 



Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang


  • Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang. 



  • Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik. 



  • Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar. 



  • Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. 



  • Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari , pagi dan petang selama sebulan. 



  • Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut. 



  • Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. 



  • Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. 



  • Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari



  • Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. 



  • Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. 



  • Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Apa yang saya boleh simpulkan di sini, semasa berpantang, kita harus berpada-pada dengan aktiviti seharian. Jangan pula buat-buat tunjuk kuat. Kita tak tahu luka dalaman yang masih belum pulih. Kalau luka luaran, bolehlah cepat sembuh sebab terdedah dengan udara dan cepat kering. Kalau luka di dalam? 

Mintalah bantuan suami ataupun orang yang menjaga kita semasa dalam pantang. Ambil lah supplemen untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. 



sumber : http://bidanbersalin.blogspot.my/2010/04/pantang-larang-semasa-dalam-pantang.html





Saturday, 20 June 2015

Dia Ditakdirkan Untukku

7 February 2015

Syukur alhamdulillah. Pada tarikh ini, termeterailah ikatan cinta antara saya dan pemilik tulang rusuk yang dicari selama ini, Ahmad Shafuan. Akhirnya, Allah telah mempertemukan saya dengan seorang jodoh yang baik. Dia, yang saya gelar abbi.

Maharku hanya untukmu suamiku..
Dengan hanya sekali lafaz, pada pagi hari Sabtu waktu dhuha, saya sah menjadi milik Ahmad Shafuan dengan mas kahwin RM 1,111 tanpa wang hantaran. Tidak kira siapa saya dan siapa suami saya, perkahwinan bukanlah medan untuk 'berjual-beli' cinta. Standard bukan ukuran kerana anugerah perkahwinan ini adalah segalanya untuk saya Cinta suami saya juga segalanya untuk saya. Setelah melalui beribu kepayahan untuk jalan cinta ini, saya menghadiahkan cinta saya untuk suami saya dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan apa-apa. Rasulullah juga pernah bersabda, barangsiapa yang mempermudahkan perkahwinan, maka keberkatan akan turun dari langit. Ini yang saya pegang dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar termasuk majlis di kedua belah pihak.

Tiada kata seindah bahasa untuk diucapkan, doa yang selama ini dipanjatkan terhadap Pencipta akhirnya dimakbulkan dengan semudah-mudahnya jalan. Semoga kami terus meniti perjalanan cinta di dunia ini dengan penuh 'mawaddah wa rahmah' bersama si kecil yang akan lahir tak lama lagi. Kebahagian kami hampir sempurna. Semoga suamiku juga menjadi peneman syurgaku :) InshaAllah..Amiin ya Rabb..



Thursday, 11 December 2014

My Bachelor Degree Graduation Day

Hi ols. This is always be my proud ; it was my graduation day for my bachelor degree. Throwback the event. Hee.. Lets start the show!

Ape2 hal pun, selpi dulu dlm kereta. I got bouquet of red roses from hubs. weee!



Long peach dress. Time ni stage dah lengang. So I heret tangan hubs kuat2..Nk jgk captured some moment while its already away from crowd,



Alhamdulillah, 3 years of sacrifice. Eventually being awarded with  BSc (hons) in FS Management, awarded with high class of Ijazah Sarjana Kepujian dengan Sains . It is a rewards to myself :) What you give, you get back!



I warned my kesayangan awal2, "Abbi! ummi nak snap pic dekat pokok2 cantik! " Ikutt jugak laa kesayangan kite tu..Sayang punye pasal



My cinta hati and always will be



Captured moment. Love!!


Another 2 graduation InsyaAllah, master&phD.. :)

Best regard,