Monday, 26 October 2015

14 PANTANG LARANG SEMASA DALAM PANTANG






Pantang Larang Semasa Dalam Pantang 

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: 

1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal
 Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. 

2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) 
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu. 

3. Jangan Duduk Mencangkung 
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah. 

4. Mandi Duduk Di Bangku 
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah. 

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur 
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula. Jangan Terlalu Aktif Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat. 

6.  Jangan Makan Ubi-Ubian 
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak. 

7. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik 
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari. 

8.Jangan Tidur Waktu Senja 
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila. 

9. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca 
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. 


10. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja 
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya. 

11. Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk 
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah. 

12.Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu. Namun ada juga ibu-ibu yang berpantang selama 44 hari. Apa pun, berbincanglah dengan suami anda agar tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Isteri haruslah menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin agar badan tidak mudah bisa-bisa atau sengal-sengal . 

13. Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih berguna untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu. 

14. Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala. 



Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang


  • Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang. 



  • Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik. 



  • Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar. 



  • Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. 



  • Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari , pagi dan petang selama sebulan. 



  • Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut. 



  • Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. 



  • Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. 



  • Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari



  • Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. 



  • Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. 



  • Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Apa yang saya boleh simpulkan di sini, semasa berpantang, kita harus berpada-pada dengan aktiviti seharian. Jangan pula buat-buat tunjuk kuat. Kita tak tahu luka dalaman yang masih belum pulih. Kalau luka luaran, bolehlah cepat sembuh sebab terdedah dengan udara dan cepat kering. Kalau luka di dalam? 

Mintalah bantuan suami ataupun orang yang menjaga kita semasa dalam pantang. Ambil lah supplemen untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. 



sumber : http://bidanbersalin.blogspot.my/2010/04/pantang-larang-semasa-dalam-pantang.html





Saturday, 20 June 2015

Dia Ditakdirkan Untukku

7 February 2015

Syukur alhamdulillah. Pada tarikh ini, termeterailah ikatan cinta antara saya dan pemilik tulang rusuk yang dicari selama ini, Ahmad Shafuan. Akhirnya, Allah telah mempertemukan saya dengan seorang jodoh yang baik. Dia, yang saya gelar abbi.

Maharku hanya untukmu suamiku..
Dengan hanya sekali lafaz, pada pagi hari Sabtu waktu dhuha, saya sah menjadi milik Ahmad Shafuan dengan mas kahwin RM 1,111 tanpa wang hantaran. Tidak kira siapa saya dan siapa suami saya, perkahwinan bukanlah medan untuk 'berjual-beli' cinta. Standard bukan ukuran kerana anugerah perkahwinan ini adalah segalanya untuk saya Cinta suami saya juga segalanya untuk saya. Setelah melalui beribu kepayahan untuk jalan cinta ini, saya menghadiahkan cinta saya untuk suami saya dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan apa-apa. Rasulullah juga pernah bersabda, barangsiapa yang mempermudahkan perkahwinan, maka keberkatan akan turun dari langit. Ini yang saya pegang dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar termasuk majlis di kedua belah pihak.

Tiada kata seindah bahasa untuk diucapkan, doa yang selama ini dipanjatkan terhadap Pencipta akhirnya dimakbulkan dengan semudah-mudahnya jalan. Semoga kami terus meniti perjalanan cinta di dunia ini dengan penuh 'mawaddah wa rahmah' bersama si kecil yang akan lahir tak lama lagi. Kebahagian kami hampir sempurna. Semoga suamiku juga menjadi peneman syurgaku :) InshaAllah..Amiin ya Rabb..



Thursday, 11 December 2014

My Bachelor Degree Graduation Day

Hi ols. This is always be my proud ; it was my graduation day for my bachelor degree. Throwback the event. Hee.. Lets start the show!

Ape2 hal pun, selpi dulu dlm kereta. I got bouquet of red roses from hubs. weee!



Long peach dress. Time ni stage dah lengang. So I heret tangan hubs kuat2..Nk jgk captured some moment while its already away from crowd,



Alhamdulillah, 3 years of sacrifice. Eventually being awarded with  BSc (hons) in FS Management, awarded with high class of Ijazah Sarjana Kepujian dengan Sains . It is a rewards to myself :) What you give, you get back!



I warned my kesayangan awal2, "Abbi! ummi nak snap pic dekat pokok2 cantik! " Ikutt jugak laa kesayangan kite tu..Sayang punye pasal



My cinta hati and always will be



Captured moment. Love!!


Another 2 graduation InsyaAllah, master&phD.. :)

Best regard,

Sunday, 30 November 2014

Throwback - Sekitar Annual Dinner Final Semester, HTMT

This entry is about faculty annual dinner during my bachelor. So..kiranya throwback lahh ni yeaa..


Hi ols.. I'm about to throwback my zaman kegemukan. Haha. Now dah slim balik okaihh

Love this part..cuma bag bersepah dekat sebelah kanan tu agak spoill

Classmate members
Terserlah kegemukan lalu..haha

Miss kembang semangkuk..

Yang ni boleh cover sket :p

Zoomed in. This how I tailored my baju. That manik dijahit one by one. Dh mcm baju kawen


White Chanel. This kasut Chanel was from Indonesia. Just mixed&match dengan my baju.

Make up done by me. Quite scary dekat eyes part cuz my eyes already such big round eyes. Technique blm pakar lgii..huhu

Tu je kott nk update. :)

Bonia, Louis Vuitton & Hublot Newbies Goes into My Closet

Assalam.. I write again for today! Well, just intend to share how thankful I am. Alhamdulillah.. Few days ago, I went to Bonia outlet as the salesman threw me a call since 2 weeks ago to remind me that their outlet went for 30% discount as for only last friday. The story begin in the early of this month since I went to one of the Bonia outlet and my heart was sticky hard to one of the design which is the design is about the combination of the red color. So, that time the price was around MYR1000 ++. The salesperson then told me to come again as their sales season was just to coming around and he will keep it special for me. I finally go and grab it!!

Still, in 6 month of warranty. 100% leather

tadaaaa...this one punya design I belum ada..tali merah..thats why I nak jugakkk. very elegance in looked

Inside also red in colour..floweryy

Bonia.. that one is something ordinary to me as I already kept a lot of original Bonia item in my closet including one of my wristwatch collection. But...buttt.. there is something big coming from oversea. Thisssss original LV !! I ever think about to grab it from Starhill Gallery and it will cost me around MYR5000. But my cinta hati seperti memahami isi hati ini. haha! I got this LV handbag today.. and I bought my Bonia in yesterday. Rezeki Allah bagi as I lost one of my jewelleries at the day before yesterday and I am crying alone in my car.. :'( I may able to buy a lot of another gold as my jewelleries but that one keep me such very sentimental and precious value. Alhamdulillah, more is coming worth of thousands ringgit. Having my first LV handbag is such an extremely exciting moment. Seriously!!

My first LV Handbag. Thank Godness!!

Its not over yet. I also got my first Hublot wristwatch. Well, this is my kesayangan punya favorite brand. So, he grab another one Hublot for him as well as for his lovely wifey. Katanyaaa, Che Ta&Fathia pakai Hublot. Ummi pakai la jugakk.. Jenk abbi mungg..haha.. I never thought of having Hublot as it worth thousands of ringgit. I am quite sceptical about this. Buat benda lain lagi bagus dari beli jam yang beribu riban kott.. But for my abbi, collecting wristwatch is always become his hobby and bought a new wristwatch is always become his passion! Ohh..also perfume collector. He didnt mind to spend thousand of ringgit only for wristwatch and parfume. That was his craziness which I had to accept all outtt ! :/

My fist Hublot wristwatch. Limited Edition. Bersepuh emas bertatahkan berlian..ceewahh! white strap...Love it!! Thanks abbiiii cyggg...


Bonia, LV and Hublot coming altogether at once!!
Nothing I can utter unless.... Alhamdulillah Ya Allah.. :)


Thanks Allah.. Thanks kesayangan.. Sincerely,

Saturday, 29 November 2014

Ayam Masak Ala Thai Simple



Hari ni malas nk masak banyak. So, I am coming for simple dishes. Just using the 3 main ingredient.

Tadaaaa...

Bahan-bahan 
Ayam dipotong kecil
Bawang merah (mayang&tumis)
Cili merah (potong bulat) 
Sedikit perencah sambal Thai Tom
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili  

Tumis bawang dengan sedikit minyak and masukkan bahan dalam gambar tu. Then tumis sampai pecah minyak dengan api kecil. Ingredient yang diguna must be depend on amount ayam yang nak masak. Then, bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan ayam bersama sedikit air. Masukkan la perasa eg; garam, ajinomoto and kalau suka boleh stabilkan rasa dengan sedikit gula. Simple right? pakai je ape yang ade dlm fridge tu. Hihi..

p/s : lagii best kalau letak daun limau purut

Ayam Masak Ala Thai Simple




Selamat mencuba :)

Friday, 28 November 2014

Anugerah Terindah

It's Friday.. :)

Wah, terasa selalu pulak berblogging sehari dua ni. Bila dh duduk kat kerusi ni buat kerja, mesti rase nak bukak blog and tulis something. Rindu sangat dengan husband agaknya. Salu kalau dia ade, dia kacau jekk.. huhu.. Sunyinyeee.. :((   Even dekat overbroad pun, hubby call many times per day to ensure that I am okay. But still, only the voice wasn't enough..I really miss his warm hug........ :'(

Hari ni terasa nak layan lagu Jodoh Berdua. If one day anak-anak ummi dah besar and tengah baca entry ni, I just want to tell all of you that this is your parent love song ever my sweety cakes. The best part that we both love to mentioned is...

Pencarianku..kini telah berakhir..
Detik bahagia...kini telah pun hadir..
Sungguh aku percaya...ketentuan Yang Esa..
Jodoh berdua.. begitulah takdir.. :')

Allahuakbar..indah sungguh.. THIS SONG IS VERY VERY VERY MEANINGFUL TO US...if I ever reminiscince the previous, our love story sukar sungguh. Allah timpakan dengan bermacam halangan dan ujian. And disetiap air mata, kami seka dengan doa terhadap Pencipta... Learn from past, THE POWER OF DOA.. bersujudlah di setiap kesukaran..InshaAllah, beroleh jalannya..InshaAllah...




Now..the only word that I can utter is.. Alhamdulillah Ya Allah.. :')


"Allahumaj a'lna min ahli Jannatil Firdaus"
Aamiin...