Ikon perpaduan kaum... Jasamu tetap dikenang selamanya....
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap
hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama
menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi
benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.
2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar
sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan
Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
kediaman rasmi Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.
5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik
paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala
bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan
ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan
semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).
9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata
antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua
ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah
Taala.
Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan
disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt
merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok
Guru kami. ~Sifu Siddiq.
MENGENAI TOK GURU :-
Beliau Berumur 81 Tahun...
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau
merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil
perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan
Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang
aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah
Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad
Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah
beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat
Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan
ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan
menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah
ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja
dari rumahnya.
Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri
Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau
sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku
bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana
tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya
pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh
rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada
pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada tahun
2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau
sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.
Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala
rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh
didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential
Muslims".
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan
Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan
Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau
(PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon
apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang
penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu
meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan
majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .
- Dipetik dari MyNetworks
kepada
TGNA terima kasih sbb menegakkan islam dibumi kelantan dan mentadbir
kelantan dgn baik sebelum ni.. AKU SAYANG TOKGURU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tahniah kepada MB, TMB serta barisan exco yang
baru dilantik di Negeri Kelantan, sesungguhnya perlantikan ini
merupakan satu amanah yang besar, jadikan lah amanah ini untuk mencari
redha Allah. Terima kasih juga kepada Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang telah menerajui Kelantan selama 22 tahun. Semoga tugasan beliau
tersebut diterima sebagai amalan yang soleh
Selamat beristirahat Tok Guru..Jasamu dikenang oleh seluruh rakyat Kelantan..Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmat oleh Allah hingga ke akhir hayatnya. Amin!
Terima kasih
Tok Guru kerana memimpin Kelantan selama lebih 2 dekad. Moga Allah
merahmati insan kecil yang berjiwa besar ini (di saat ini, saya sedang
mengesat air mata mengenangkan kesederhanaan hidup dan ilmu yang beliau
tampilkan).