Suami itu ANUGERAH → Isteri itu AMANAH → Anak2
itu INDAH → Ibu & Bapa bukanlah AMAH → Keluarga itu JEMAAH →
Lakukan IBADAH → InSha`Allah JANNAH ♥
Assalamualaikum…
Nak kenal
boifren tu boleh dibuat laki ke tak?? Ape yang lebih penting untuk dinilai
berbanding cinta semata-mata ye?? Berdasarkan pemerhatian aku bersama
teman-teman beberapa tahun kebelakangan ni, maka terhasillahhh…cekidaut yo0!!
Jaga solat –
tak kira betapa sibuk pun lelaki tuh, kalau dia jaga solat, means dia adalah
calon terbaik! Kalau dia mampu untuk jaga solatnya, maka dia pasti mampu untuk
jaga wife dia kelak.. Solat tiang agama! Jangan hadap dengan cinta sangat ok..
masa bercinta, semua indah kan..cer kalau dah kawin, tiang agama pun dah dia
robohkan, pasti yang lain pun tak terjaga..setuju?? Kalau nak buat laki sangat,
pastikan dia sanggup berubah sebelum kahwin. Jangan percaya langsung kalau dia
cakap akan berubah lepas kawin sebab confirm dia tak akan berubah!!! Nak tahu
boifren tuh jenis solat ke tak, cuba ajak jalan jauh sikit..kalau bila masuk
waktu dia sibuk cari masjid, alhamdulillah..jangan sia-siakan dia..
Ikut tuhan suruh -> keberkatan -> rezeki melimpah ruah -> hidup dalam redha Allah -> kebahagiaan..
Jaga batas pergaulan - yang niiii penting… kalau dia
sanggup tahan untuk tak sentuh korang lebih-lebih, tak syak lagi dia adalah
bakal ayah yang baik untuk anak-anak korang nanti. Tak kira betapa besar dugaan
untuk sentuh korang, dia pasti akan cuba sedaya mungkin untuk elakkan. Sebabnye??
Sebab……bila dia dah betul-betul set korang adalah pilihan hati, dia akan jaga
sebaik mungkin wanita yang dia pilih untuk kandungkan zuriat dia kelak. Kenapa
harus pilih orang macam ni?? Sebab orang macam ni betul-betul tahu bahawa nafsu
bukanlah segala-galanya. Dan dia akan mampu untuk jadi sebaik-baik pembimbing
untuk korang kelak.. Insyaallah.. Dah jumpa lelaki macam ni?? Jaga baik-baik
tau!!
Pandai urus kewangan - Kalau sebelum kawin dah asyik
takder duit sampaikan korang plak yang nak kene spedo makan, pakai and pinjamkan diorang duit, lupakan jela…nak
tahu kenapa??dah nampak sangat lelaki tuh jenis kurang pandai uruskan
perbelanjaan menggunakan sumber yang ada. So, still nak buat laki ke? Come on…ramai
lagi yang tak menyusahkan kat luar sana…kan?? Lelaki yang gentleman adalah yang
tahu erti malu dan tak sanggup susahkan wanita..apatah lagi menghabiskan duit
wanita..itu fakta! Korang jangan nak baik hati sangat berhabis untuk
diorang..sepatutnya diorang yang jaga korang..bukan korang jaga diorang..jangan
buta sebab cinta..please lah! Jangan pilih untuk merana dikemudian hari okay..
Ciri ketua keluarga yang baik adalah bijak membuat perancangan..bukan sekadar
pandai bercakap.. kene laa walk on talk kan…cakap serupa bikin gituu… :D
If you buy something that you don’t need today, you will have to sell
something that you owned tomorrow
Berilmu – Bak kata Imam Al-Ghazali, aku pasti akan
menang sekiranya aku berhujah dengan 10 orang yang berilmu, namun aku pasti
tewas kiranya berhujah dengan seorang yang tidak berilmu kerana dia tidak mengetahui
landasan ilmu...
Pentingnya untuk kita mencari
pasangan yang berilmu.. Jangan nanti bila berlaku perselisihan, semua benda tak
elok keluar dari mulut dia. Orang yang berilmu ni dia faham tentang apa yang
boleh dia ucapkan dan yang tak boleh dia ucapkan. Kiasnya berlapik, ucapannya
yang baik-baik, marahnya berpada dan perbuatannya terjaga..sebabnya hati dia
dikawal oleh kunci ilmu..sebaliknya kalau kebodohan menguasai, sikit-sikit nak
menyumpah seranah..petanda tak baik laa kan…so, jauhkan orang sebegitu..carilah
yang berilmu..Insyaallah, pilihan yang bijak dan berbaloi…hehe
Ilmu dunia + ilmu akhirat = bijak kawal situasi
Sekufu – Even Rasulullah
s.a.w pun nasihatkan kita supaya cari
jodoh yang sekufu kan?? Supaya nanti tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari. Dah kalau
awak tuh ade pelajaran, cuba laa cari yang boleh terima dan can keep go on
dengan cara dan pemikiran awak. Jangan
laa tangkap muat jek.. Naya nanti…tak pepasal bahagia yang dicari..duka yang
menimpa..maklumlahh, kita ni after nikah jek kene taat pada suami..kalau suami
tuh fikir lain dengan awak, asyik berselisih faham jek, sampai bila nak gaduh
kan..tak kan hari-hari nak pendam and makan dalam jek..no way! So, dari
bermasalah dikemudian hari, cermatlah dalam meneliti pasangan anda hari ini..
Sikap –
alahaii….tahu laa cinta..tapi bawak-bawak ler nilai sikap pasangan awak tuh
jugak..orang laki nih wajib ade ego..kalau takde ego tuh maksudnye something
wrongggg… cemburu harus ada..tapi jangan laa sampai orang lain nak kawan dengan
awak pun dia tak kasi. Itu dah melebih! Tapi kan, kalau awak jumpa orang yang
betul-betul sabar dengan perangai awak, tolong laa jaga dia baik-baik. Yelah,
dia sanggup rendahkan ego dan lupakan kemarahan dia demi nak jaga hubungan
dengan awak. Nak tahu dia punya hati
yang tak berdendam? Cuba laa kalau gaduh, removed dia dari facebook or unfollow
dia dari twitter. Pastu nanti dah reda awak add la dia balik.. kalau dia
approved awak dan tetap cool ngan awak macam biasa, dia memang yang TERBAIKKKKK!! Tenang dan tidak mengungkit
kesalahan awak, itulah sikap lelaki yang baik. Sebab dia tahu, awak tak
sempurna..dan dia pasti awak akan sedar lambat laun nanti..
Orang laki ni kalau nak tutup kesalahan dia, dia akan cakap :
“saya saje nak uji awak tuhh..”
haha!awak jangan percaya ok..alasan klise tuh..kalau dia betul-betul
tengah menguji, dia tak akan bagitahu awak!biasenya, yang jenis suka cakap
camni adelah spesis hipokrit..trust me!!jauhi mereka…..
Kekasih gelap –
Dapat tahu dia ade perempuan lain selain
awak?? well, think twice untuk hidup dengan orang sebegini. Belum kahwin pun sanggup
menduakan, lepas kahwin pun pasti sanggup untuk memadukan. Lain laa kalau awak sanggup berkongsi kasih…haha!
Senang-senang angkat kaki lah. Tak perlu awak buang masa gaduh dengan dia,
intip pergerakan dia and paling penting, awak boleh cari yang lebih baik
berbanding dia. Tak perlu nak sakit-sakitkan hati lagi.. kan…jangan dihadap
sangat cinta awak tuh..perasaan awak lagi penting tahu!
Mendorong kearah kebaikan – Jika ada seorang lelaki yang datang kepada awak dengan
menjaga segala batas yang perlu dijaga dan menegur awak untuk kebaikan, awak
dengar lah nasihat dia.. Tambah-tambah yang menegur tu orang yang menyayangi
awak, pasti dia mahu yang terbaik untuk bakal isteri dia. Janji Allah, lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik. Nak pembimbing yang baik, awak kena laa
jadi yang terbaik..buang segala perangai yang tak elok. Tarbiah diri untuk jadi
seorang muslimah.. okeh!!
Dia : awak, awak pakai pakaian elok-elok ye..pakai tudung selalu..tutup
aurat selalu..awak cantik sangat bila menutup aurat. Awak jadi muslimah yang
baik ye…
***
Reaksi awak ape ekk bila orang yang awak sayang tegur awak camni…Ya
Allaaahhhh….sweeeeet sangat kan…Dalam hati terus berdoa pada Allah, jadikan dia
jodohku yang terbaik..Amiin..Semoga inilah bakal teman kita untuk ke Jannah..
****
Sebaliknya…
Dia : awak nampak seksi sangat… @
wah!! Cantiknye awak.. (dalam keadaan awak tak menutup aurat)
sila tampar orang macam nih dan blah…aurat awak untuk suami awak..bayangkan
kalau suami awak bangga awak tayangkan aurat, itu dayus namanye! Dan..dia
adelah teman terbaik awak kalau bercita-cita ke Jahannam yekk..
=> Sedikit sebanyak perkara yang perlu
kita titik beratkan dalam memilih calon suami. Kalau pasangan awak tuh teruk
sangat, ingat, bukan kewajipan awak untuk ubah perangai dia. Tanggungjawab
awak hanya tegur, kalau dia terima dan sanggup berubah
demi masa depan bersama, then alhamdulillah..tapi kalau dia tak sanggup, awak
cari jela yang lain. Kita masing-masing dikurniakan akal, dah mampu buat
penilaian yang terbaik. Biar lonely sekarang dari menderita masa depan ye. Kite
semua bercita-cita untuk bercinta sampai syurga kan, buat lah yang terbaik
untuk diri sendiri. Tuhan tak akan ubah nasib kita kalau bukan kita sendiri
yang ubah. Semoga Allah membimbing hati kita.. Insyaallah..
CINTA LEPAS NIKAH -> MENYULAM CINTA DALAM REDHA ALLAH -> SAMPAI KE SYURGA -> SWEET KAN…