Hello Beautiful!
Hello Beautiful!
Share dari page Stories Of Aveheart
Bila kita disahkan hamil, sudah pasti kita harus mengelakkan sesuatu yang mungkin membahayakan kesihatan dan bayi dalam kandungan.

Berikut adalah 5 perkara yang harus dielakkan bagi ibu hamil:

#1 Makanan mentah

Makanan mentah seperti sushi, daging setengah masak atau adunan kuih yang masih mentah mengandungi bakteria, virus dan parasit. Makanan tersebut perlu dielakkan terutamanya pada awal usia kandungan kerana boleh menyebabkan keguguran.

#2 Ikan ada merkuri

Ikan seperti makerel dan todak dikhuatiri mengandungi merkuri dan harus dielakkan. Ini kerana kandungan merkuri boleh menggangu perkembangan otak dan sistem saraf janin.

#3 Minuman beralkohol

Ibu hamil yang mengambil alcohol mempunyai risiko melahirkan bayi dengan masalah kesihatan. Alkohol ini bukan sahaja menghalang pengambilan nutrisi tetapi menghalang oksigen untuk sampai kepada janin.
5 Pantang Ketika Hamil Yang Harus Mami Tahu
5 Pantang Ketika Hamil Yang Harus Mami Tahu

#4 Kafein

Meminum minuman yang mengandungi kafein boleh mengakibatkan risiko keguguran dan bayi lahir dengan berat badan yang rendah. Selain itu, dalam kes-kes yang teruk ia boleh mengakibatkan kematian ketika lahir. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menggangu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

#5 Kalori berlebihan

Ibu hamil memerlukan tambahan kalori tetapi dalam jumlah yang cukup melalui hidangan yang tepat. Ini untuk mengelakkan masalah obesiti. Jika mami mengalami obesiti sebelum hamil, ia akan meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan yang tinggi atau terdedah kepada risiko diabetes. Di samping itu, kenaikan berat badan berlebihan semasa hamil pula akan meningkatkan risiko mami menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi. Bila berat badan naik berlebihan, mami akan cenderung melahirkan bayi bersaiz besar iaitu lebih 4 kg. Hal ini akan meningkatkan risiko kelahiran melalui pembedahan caesarean.

Oleh itu, mami perlu mengawal berat berat badan sebelum, semasa mengandung. Kawal pemakanan dan kerap lakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil seperti berenang atau berjalan kaki.
Semoga bermanfaat