Saturday 20 June 2015

Dia Ditakdirkan Untukku

7 February 2015

Syukur alhamdulillah. Pada tarikh ini, termeterailah ikatan cinta antara saya dan pemilik tulang rusuk yang dicari selama ini, Ahmad Shafuan. Akhirnya, Allah telah mempertemukan saya dengan seorang jodoh yang baik. Dia, yang saya gelar abbi.

Maharku hanya untukmu suamiku..
Dengan hanya sekali lafaz, pada pagi hari Sabtu waktu dhuha, saya sah menjadi milik Ahmad Shafuan dengan mas kahwin RM 1,111 tanpa wang hantaran. Tidak kira siapa saya dan siapa suami saya, perkahwinan bukanlah medan untuk 'berjual-beli' cinta. Standard bukan ukuran kerana anugerah perkahwinan ini adalah segalanya untuk saya Cinta suami saya juga segalanya untuk saya. Setelah melalui beribu kepayahan untuk jalan cinta ini, saya menghadiahkan cinta saya untuk suami saya dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan apa-apa. Rasulullah juga pernah bersabda, barangsiapa yang mempermudahkan perkahwinan, maka keberkatan akan turun dari langit. Ini yang saya pegang dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar termasuk majlis di kedua belah pihak.

Tiada kata seindah bahasa untuk diucapkan, doa yang selama ini dipanjatkan terhadap Pencipta akhirnya dimakbulkan dengan semudah-mudahnya jalan. Semoga kami terus meniti perjalanan cinta di dunia ini dengan penuh 'mawaddah wa rahmah' bersama si kecil yang akan lahir tak lama lagi. Kebahagian kami hampir sempurna. Semoga suamiku juga menjadi peneman syurgaku :) InshaAllah..Amiin ya Rabb..