Friday 7 December 2012

Simple Itu Sweet ♥

Hawa : Kenapa abang buat baju pengantin macam baju kurung..?

Adam : Kenapa..? Sayang nak baju pengantin macam mana..?

Hawa : Biasanya kan baju pengantin banyak labuci , warna-warni..cantik..lagipun perkahwinan hanya sekali...apa salahnya ?

Adam : Awak nak baju pengantin yang menampakkan susuk tubuh tuh ? Awak tahukan menampakkan susuk tubuh itu umpama membuka aurat ? ..( Tersenyum)
Lagipun..sebab berkahwin sekali seumur hiduplah kita kene buat majlis ini penuh kerahmata
n dan keredhaan Allah...Kalau Allah redha..InsyaaAllah..Allah akan berkati perjalanan rumah tangga kita..Tak gitu wahai bakal bidadari Syurga-Ku ~?

Hawa : *Tersenyum* ...Dalam Hati Memuji Suami Tak berhenti-Henti ♥

Nak Jumpa Dalam Realiti ..Err ..." Usaha Tangga Kejayaan ! " ^^
In Shaa Allah...Lelaki Sebegini Masih Wujud :)

♥.♥

 Sabda Nabi SAW:
''Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah .
Sesungguhnya semulia-mulia wanita itu ialah yang
paling mudah urusan maharnya .''


Objektif bercinta hingga ke syurga, bukan sekadar majlis yang sederhana dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, mahar juga haruslah semudah yang boleh. Bukankah elok kita memudahkan perkara yang baik. Insyaallah, akan turun keberkatan dari langit.


Barangsiapa yang mencari redha manusia dengan murka Allah, maka dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia, namun barangsiapa yang mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, dia akan dijaga oleh Allah. Perkahwinan itu untuk mencari redha Allah, tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk sampai perlu berhutang. Islam itu cukup mudah. Bagi aku, cukuplah Al-Quran sebagai mahar. Sweet kan..... :)



Soalan: Apa hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin? Jawapan: Harus jika kedua-dua pengantin adalah ayam.



Bersederhanalah kita dalam bermajlis. Kecantikan pengantin perempuan itu bukan untuk dipertontonkan. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Membazir tu kan amalan syaitan. Tak perlu lah sampai nak tukar persalinan sampai 5-6 pasang. Cukuplah lafaz akad dan cinta dari bakal suami tersayang..Kecantikan para isteri hak milik mutlak para suami...setuju ..??.  :) 

 Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.
Tapi...
Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah ?

~ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

~ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^?^).

~ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^?^).

~ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ?.
NO couple, YES nikah !!

Sweetnyee Cinta After Akad

 Manusia dilahirkan dengan suatu lumrah yang tidak dapat dielakkan, iaitu berkasih sayang....
 Ketika semuanya sedang meniti alam dewasa...perasaan setiap insan pasti tidak dapat dipisahkan dengan ingin mencintai sesama insan...


(✿◠‿◠)saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)
(✿◠‿◠)saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah JUJUR,

tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah BERHARAP,

tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

- Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada

menghabiskan waktu dengan orang yang salah -,-

✿ Kita tidak boleh bersentuhan tangan..

~> Tapi cukuplah kita bersentuhan HATI..

✿ Kita tidak boleh keluar berdua..

~> Tapi cukuplah kita bertemu dalam DOA..
♥ Simpan CINTA itu untuk yang HALAL bagimu ♥ (,"(",)~

Photo: ✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.. # 
✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.. #
  Photo: Insya-ALLAH, awak ! ♥ :')


Ya Allah,

Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati

 


Sesungguhnya, tiada yang baik untuk cinta sebelum nikah. Cinta yang tidak halal serta mampu mengundang pelbagai fitnah..Rawatlah hati dengan cinta Allah.. Insyaallah..jika telah Allah tetapkan dia milikmu, pasti bersatu jua kelak..  Pupuklah hati dengan cinta Allah.. Semoga Allah mengurniakan kita dengan insan yang melabuhkan cinta padaNya, agar bertambah kekuatan kita untuk mencintai Allah..


 ♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Photo: ♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Ya Allah Satukanlah Cinta Kami Semoga Kekal Sampai Syurga

                                                                 *************
 Dan..Manis sebuah kesabaran itu terasa apabila sudah meniti gerbang cinta perkahwinan kerana cinta dan si dia adalah halal bagimu.. Masyaallah..Indahnya cinta dalam redha...Jom kita berusaha mendapatkannya... !!!

 Isteri :  Abang, abang tak menyesal ke kahwin dengan saya, saya kan tak cantik.. Abang Kata abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu? Kita skrang sudah pun di ijab kabulkan?

Suami :  Sayang,...abang kahwin dengan awak bukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapi kerana cinta yang ada dalam hati abang. Abang nak bina hubungan yang diredhai ALLAH. Abang tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah,kelak Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. Abang cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH~ Forever~


Isteri :   Subhanallah ^_^ , hehe... I LOVE YOU 2, 3, 4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..

♥ Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH ♥ ♥ ♥

 

Tuesday 4 December 2012

Cinta Hingga Syurga - Pilih Di Tanah Mana Zuriatmu Berdiri


 
♥ PILIHLAH AGAMA PASTI ENGKAU BAHAGIA ♥

~ Jika aku pilih yang BERHARTA, pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga...

~ Jika aku pilih kerana PARAS RUPA, pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa...

~ Jika aku pilih kerana KETURUNAN, belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama di dada.


tetapi.....Jika aku pilih kerana AGAMA, sudah pasti aku dapat meraih SYURGA DUNIA bahkan SYURGA ALLAH di sana...kerana aku tahu, hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REHDA Illahi, itu JANJI Allah....♥♥

 
Assalamualaikum..


  "Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka pilihlah agamanya.. Nescaya beruntunglah kedua tanganmu.. "

                                       HATI + IMAN = PERTIMBANGAN YANG BAIK

Seringkali pada hari ini, kebanyakannya memilih pasangan kerana indahnya rupa dan tebalnya poket. Lalu, di mana letaknya pertimbangan terhadap akhlak, budi dan agama? Kalau yang lelaki, perempuan tak cantik, SAY SORRY!! Kalau perempuan, lelaki tak berduit, BOLE BLAHH!! Lalu........di manakah pertimbangan kita yang sebenarnya???

                                        NAK KAHWIN?? PILIH BETUL-BETUL BEB.....

Suatu kisah yang diceritakan berlaku pada zaman Khalifah Umar r.a. Seorang ayah datang mengadu pada Amirul Mukminin tentang sikap dan  kenakalan anaknya yang merunsingkan si ayah. Lalu, Amirul Mukminin memanggil anak tersebut dan bertanyakan tentang kesahihan hal yang diceritakan tentangnya oleh ayahnya. Kata anak tersebut, wahai Amirul Mukminin, benarlah seperti yang diceritakan oleh ayahku tentang diriku. Tetapi, aku jadi sebegini adalah disebabkan oleh ayahku. Amirul Mukminin lalu bertanya apakah sebabnya. Anak itu berkata, ada 3 penyebab yang menjadikan aku seperti ini.

1) Ayahku tidak memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri iaitu ibuku.
2) Ayahku tidak memberikan aku nama yang baik.
3) Ayahku tidak pernah mengajarku membaca Al-Quran.

Lalu, Amirul Mukminin menanyakan kepada si ayah adakah apa yang dikatakan oleh anak itu benar. Kata ayah kepada anak tersebut, benar wahai Amirul Mukminin...

Sebab itulah, kepada lelaki, jangan nak cari isteri tuh pakai tangkap muat jek.. Harus diselidiki latar belakangnya KERANA DIA ADALAH BAKAL IBU KEPADA ANAK KORANG.  Jika baik acuannya, maka eloklah hasilnya. Oleh sebab itulah, Islam telah menggariskan panduan kepada kita dalam mencari dan memilih jodoh.. kalau setakat cinta semata-mata tanpa peduli siapa bakal pasangan kita, maka sia-sialah ikatan perkahwinan kelak kerana kita memilih kerana nafsu, bukan mengikut pertimbangan akal.

Lelaki, wanita itu amanah. Korang bebas memilih.. begitu juga wanita..pilihlah sesiapa sahaja yang dirasakan paling berpadanan. Namun ingat, hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Time bercinta semua suka. Bila dah kahwin, mampu ke nak ulang balik masa untuk pilih pasangan lain yang lebih baik? tidak sekali-kali..... So, nak pilih, pilihlah sekarang.. Ikut yang agama gariskan.. utamakan akhlak pasangan. Insyaallah..tak kan menyesal...

Wahai wanita.......Lelaki, bila datang bersama agama yang baik, jaga sembahyang, jaga akhlak, berpelajaran dan bekerjaya baik, maka itu adalah pakej terbaik yang tidak harus dilepaskan untuk wanita jadikan suami dan ayah kepada bakal anak-anak. Tapi, bila lelaki itu cuma datang ke dalam hidupmu bersama pakej agama dan akhlak yang baik, biarpun tidak berpelajaran tinggi, itu adalah tiketmu untuk ke syurga wahai wanita.. :)

Wahai lelaki........Bila datang seorang wanita yang memiliki asas agama yang baik dan berhemah tinggi, maka itu pastinya pakej terbaik untuk dijadikan suri hidupmu.. Jauhilah wanita liar yang sukar dilentur andainya dalamanmu tidak kuat untuk mendidiknya kerana di akhirat kelak, kamu akan dipersoalkan oleh Allah..

Kesimpulannya, memilih jodoh itu simple. Kita yang rumitkan dengan alasan CINTA sampaikan kita lupa, mampukah kita mendapatkan tiket untuk bercinta hingga ke syurga hanya dengan CINTA semata-mata....Labuhkan cinta pada Allah kerana Allah pasti akan menhadirkan kepada kita insan yang melabuhkan cinta padanya. Janji Allah tentang jodoh yang baik bukan hanya pada awal perkahwinan, tetapi sepanjang jalan menuju ke syurga. So, jika nak yang terbaik, persiapkanlah diri sebaiknya. Insyaallah.....kerana BERCINTA SELEPAS NIKAH ITU ADALAH INDAH DAN MULIA KERANA SEGALA-GALANYA HALAL DI MATA ALLAH..

                        *PANGKAT DAN HARTA TAK MENJAMIN BAHAGIA.. CANTIK DAN KEAYUAN WAJAH KAN PUDAR AKHIRNYA....KEMISKINAN DI DUNIA TAK BERERTI KAU TERHINA KERANA ITU HANYALAH PADA PANDANGAN MATA..KEMEWAHAN TAK BERMAKNA HIDUPMU AKAN SENTOSA KERANA KESEMPURNAAN ALLAH YANG MENILAINYA*

#SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGGAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN BERJAYA MERAIH CINTA DALAM REDHA ALLAH..BUKAN HANYA BERCINTA DI DUNIA, TAPI BERCINTA HINGGA KE SYURGA..AMIN YA RABBAL'ALAMIN..#

Sunday 2 December 2012

Cerpen : Setulus Cinta Amani

 ♥ Yang membuat kita Kuat adalah Doa ♥
♥ Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah ♥
♥ Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras ♥
♥ Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa ♥
♥ Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian ♥


''Sampai hati dia buat saya macam ini ! Ya Allah .. Berikanku kekuatan agar aku bisa lalui semua ini dengan redha dan tabah ..'' Air mata Amani berlinangan . Dia menangis teresak-esak di dalam kereta yang dipandu oleh ayahnya . Ibu Amani sentiasa memberi kata-kata semangat kepada anak perempuan kesayangannya itu .

Ibu: ''Amani , tabahlah sayang . Bersangka baik dengan Allah . Allah mungkin nak be
ri lebih baik dan beriman . Mak tak nak anak mak sedih nanti mak pun sedih .''

Ayah: ''Sudahlah tu .. Nampak da lelaki tu bukan terbaik untuk kamu . Kumbang bukan seekor ramai lagi nak Amani .''

Amani terus menangis . Dia tidak bisa menahan air mata yang mengalir deras kerana hati dan perasaannya terlalu sakit dan terhiris .

''Allahu Akbar Allahu Akbar ~''

Azan Maghrib berkumandang . Ayah Amani memandu keretanya masuk ke dalam perkarangan masjid . Amani keluar kereta menangis meluru ke dalam masjid bilik solat wanita . Ayahnya keluar terus masuk ke dalam masjid . Manakala ibunya duduk di dalam kereta kerana penyakit perempuan yang tak dapat dihalang . Amani pergi mengambil wudhuk membersihkan diri dengan air ketenangan Ilahi . Lantas dia memakai telekung yang dibawanya dan menjadi jemaah pada Solat Maghrib tersebut .

Selesai sudah memberi salam sebelah kiri , Amani menyapu mukanya dan menadah tangan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah .

''Bissmillahirrahmanirrahim .. Ya Allah Ya Tuhanku , ampunkan segala dosaku , dosa kedua ibubapaku .. Ya Allah pinjamkan aku kudrat-Mu untuk hadapi ujian-Mu ini .. Aku tak kuat ya Allah .. Andai dia bukan terbaik untukku buangkan segala perasaan ini jauh-jauh . Luputkan dia dari fikiranku agar hati ini terpelihara daripada kekecewaan . Ya Allah redhakan hatiku dengan ketentuan-Mu semoga redhaku berbalas lagi .. Amin Ya Rabbal 'Alamin ..'' (Air matanya mengalir laju di pipi)
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Andainya kau perlukan kekasih pilihlah ALLAH SWT,
Jika perlukan teman bicara pilihlah al Quran,
jika perlukan kekuatan, maka berdoalah
jika kau habis berusaha bertawakallah...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tetapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu ,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa ALLAH SWT...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

Pakaian apa yang paling cantik kalau bukan iman...
Dan taqwa ,warna apa yang paling indah kalau bukan syukur dan sabar...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰


Selesai sudah menunaikan solat Maghrib , Amani bertambah tenang . Dia seakan redha dengan ketentuan Tuhan . Lalu dia masuk ke dalam kereta dengan mata yang bengkak akibat banyak menangis . Ibunya tidak henti-henti menenangkannya .

''Sabar ya sayang , Allah nak beri yang lebih baik dan beriman .''

Entah kenapa di saat ibunya berkata begitu hati Amani seakan terlintas memikirkan seseorang yang dia sangat admire sudah lama . Padahal dia sendiri tidak kenal latar belakang lelaki itu . Dia mengukir senyuman tatkala teringatkan lelaki tersebut . Lelaki yang dia tidak pernah kenal . Dia tertanya-tanya kenapa dia memikirkan lelaki itu ? Sedangkan mereka tidak pernah berkenalan . Dia tersenyum .

Ayah Amani menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan masjid tersebut . Di saat ayahnya ingin keluar dari pintu masjid .. Tiba-tiba ! Ada seorang lelaki berkopiah putih , berbaju putih , berseluar hitam dan tidak bertongkat tetapi buta berhenti di sebelah kereta ayahnya . ''Assalamualaikum ..''

Orang itu mencuit hati Amani . Amani menjadi lebih simpati dan sedih melihatkan keadaan lelaki tersebut kerana hati Amani sangat tulus dan lembut . Dia tidak boleh melihat orang lain lebih susah dan kurang daripadanya . Lalu Amani , ibunya dan ayahnya sedekah dengan duit kertas Ringgit Malaysia . Amani senyum ke arah lelaki tersebut . Lalu mereka meninggalkan masjid . Ibu Amani lalu berkata ..

''Nampak tak Allah nak uji kita sejauh mana kita ikhlas dan pemurah . Bayangkan dia buta datang waktu malam tanpa bertongkat . Bagaimana dia bawa diri dia ? Hah ingat Allah sentiasa menghantar pelbagai manusia untuk uji kita . Subhanallah .. ''

Ayah Amani menyelit ''Betul tu . Kalaulah kita keluar dari masjid tiba-tiba kita kemalangan dan kita tidak sedekah pada lelaki tadi apa akan jadi pada kita ? Kalau kita sedekah dan lepas itu kita kemalangan , sedekah itu yang bantu kita di akhirat sekiranya kita mati selepas itu . Haaa ..''

Amani: ''Betul tu mak ayah .. Semoga lelaki tadi selamat dari kejahatan manusia dan dipermudahkan urusan dunia akhiratnya . Kita ni dah bersyukur Allah beri penglihatan .''

Amani semakin tabah dan redha dengan setiap kata-kata motivasi dan indah daripada ibu dan ayahnya . Sedikit sebanyak ianya memberi semangat kepadanya . Dia semakin faham dan mengerti hakikat sebuah kehidupan yang Allah telah aturkan ..

Part II

Amani bangkit dari kegagalan selepas dia tergolek jatuh . Dia tidak mahu memandang ke belakang lagi . Baginya kisah silam itu adalah titik permulaan perubahan cintanya pada Ilahi . Ya , 'Cinta Allah Didahulukan Rindu Rasulullah Di Utamakan .

Kekuatan , Ketabahan , Kesabaran dan Keredhaan . 4K ini adalah perkara terpenting untuk Amani menongkah arus duniawi demi mengejar redha Ilahi . Dia
kembali redha .

***

Entah kenapa Amani sering kali teringatkan pemuda yang dia terjumpa di akaun Facebook itu sedangkan mereka tidak pernah mengenali diantara satu sama lain . Sehinggalah pada suatu pagi tepat jam 3 pagi Amani tersedar dari mimpi di mana Amani dan pemuda itu berpakaian serba putih dan senyum diantara satu sama lain . Amani menjadi bingung dan tertanya-tanya apakah maksud mimpi itu .

Lanats dia bingkas abngun dan mengambil wudhuk untuk menunaikan Solat SUnat Taubat dan Tahajjud bagi mensucikan diri dari kekotoran dosa dan ketidaktenteraman . Baginya solat sunat ini adalah bagi menguatkan hati , menabahkan jiwa dan dekat pada Ilahi .

***

Sebulan mimpi itu , pemuda yang telah lama diminati dan disuaki dalam diam oleh Amani telah 'Add Amani sebagai Friends di Facebook.' Amani terkejut gembira lantas tanpa menoleh kiri dan kanan dai 'mengApprove pemuda itu sebagai Friends di Facebook.' Amani masih bingung apakah ini aturan Allah . Ya sudah semestinya ini aturan Dia . Amani menceritakan hal ini ke pengetahuan ibubapanya .

Pertemuan itu membuatkan mereka mengenali diantara satu sama lain . Akan tetapi perkenalan itu juga membataskan pergaulan mereka demi menjaga hati . Amani tidak lupa untuk melakukan SOlat Sunat Istikharah memohon petunjuk Ilahi untuk kebahagiaannya di dunia mahu pun di akhirat .

***

Beberapa bulan berkawan akhirnya pemuda menyatakan hasrat untuk meminang Amani . Amani menangis dan sujud syukur tanda kesyukurannya pada Sang Pemberi Cinta di atas takdir ini kerana dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan berkawan dengan pemuda ini kerana pada mulanya Amani ingin melupakan hasrat untuk mengenali pemuda ini kerana baginya dia tidak layak untuk pemuda itu dan pemdua itu juga rupanya mempunyai perasaan yang sama Amani .

2 bulan selepas itu mereka disahkan menjadi kekasih halal dengan mendirikan masjid demi menggapai keredhaan Allah . Mereka menyemai kemanisan 'Bercinta Selepas Nikah' di alam rumah tangga agar perkahwinan mereka mendapat keredhaan Ilahi .
Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu bercinta sampai ke Syurga .

***

4 minggu menjadi suami isteri yang sah kini Amani disahkan mengandung bayi kembar 2 . Berita ini sangat menjadi kegembiraan buat mereka kerana mereka ingin bayi kembar dan akhirnya rezeki mereka Allah telah memakbulkan doa mereka . Amani sentiasa membuat perubahan menjadi wanita , isteri dan ummi yang solehah buat suami , keluarga dan paling penting sekali Allah , Rasulullah dan agamanya .

Amani percaya apabila dia redha dengan suratan Ilahi pastinya Allah akan gantikan redha itu dengan sesuatu yang tidak dijangka . Amani membuka diari peribadinya dan pen biru menari-nari di atas kertas kosong dengan puisinya dan tidak semena-mena air matanya mengalir deras ke pipi .

Ya Tuhan,
Benar ujian itu adalah kemanisan,
Memberiku 1001 kekuatan,
Untuk mengerti hakikat sebuah kehidupan,
Yang telah Engkau takdirkan,
Malah mendekatkan aku kepada-Mu ..

Suamiku,
Terima kasih kerana datang mengindahkan hariku,
Kau adalah anugerah Allah buatku,
Untuk kita bersatu kerana Tuhan Yang Satu,
Andai kau pinjaman cuma buatku,
Moga redhaku berbalas lagi,
Ku menyerah takdir dalam percaturan Ilahi ..

Malam itu sebelum hari bersalin mendatang dia mengakhiri penulisannya di dalam Diari Tulus Hatiku 2012 . Terima kasih Allah , terima kasih ibu ayah ..

Tamat .